click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 14, 2023

Jom Jepun-Shoping-Shoping

Malam ke 13 atau ke 11 caravan parking di hentian rehat Yamalogi Hegori, Nara. Pergerakan menghala ke utara  untuk mengakhiri kembara di Tokyo semula pada 15hb nanti.





Sarapan pagi meehoon Jepun, rasa seperti suun...perencah bawa dari Malaysia.



Mencuci pakaian 10kg kapasiti mesin dengan kadar 400 yen sekali cucian..mengering 100 yen untuk setiap 10 minit..


Stok makanan yag dibawa dari Malaysia masih berbaki, perlu dihabiskan sebelum pulang.

Ternyata tepat gerak hati dulu untuk meronda  hanya 15 hari, pergerakan bercaravan begini agak kurang selesa lebih lagi ke negara yang dominan menggunakan tisu di tandas, hampir semua RnR Jepun tidak dilengkapi dengan tempat mandi..Mandi hanya mengelap dengan tuala basah..

Susunan tempat tidur caravan pula lebih sesuai untuk tidur berlima walaupun dinyatakn kapasiti untuk 6-8 orang. Bila berpergian  bersama bukan  ahli keluarga,  batas aurat perlu dijaga 24 jam.. 








Bila bercaravan mengambil air bersih dari tandas awam dan membuang air kotor sinki menjadi rutin harian, mujur tak mngambil caravan yang lengkap dengan tandas, lebih leceh jadinya..


Walaupun terpaksa berkompromi dengan keselesaan, tapi cukup puashati itinerary Jepun.. lawatan  yang tidak akan dilalui jika mengikuti pakej bersama agensi pelancongan.





Penginapan kami berhadapan dengan shoping complex Aeon Big...bershoping dulu sebelum pulang ke tanahair.



Beli beg besar ganti beg sediada yang rodanya  rosak, jaket winter dan sedikit ole-ole untuk anak cucu...







Harga di Aeon sini sedikit murah berbanding  Aeon Malaysia.

2 orang  rakan akan meneruskan ronda- ronda untuk 5 hari lagi selepas 15 hb, mereka ibarat pulang semula ke kampung kerana pernah bermastautin 5 tahun semasa belajar di sini dulu. 

1 comment:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK