Sebelum balik Jepun lagi kepala dah terfokus ke pokok mangga dan jambu air., terinspirasi setelah melawat kebun epal Jepun..Pokok jambu menjulang tinggi, tak putus-putus berbuah tapi buah busuk sebab tidak berjaga, daun kering dan bunga jambu selalu sangat mengotorkan laman, pokok mangga pun begitu selain jarang sangat berbuah.
Pokok jambu air apabila berbuah nanti, biar pun buah tak banyak akan dibungkus supaya dapat dinikmati daripada berbuah banyak dan terbuang begitu saja...dah tengok di shopee, jaring pembungkus buah...
Pokok mangga pernah dipangkas bila dahan dan daun berebut ruang dengan pokok rambutan..Alhamdulillah pokok rambutan setiap kali musim akan berbuah...walaupun tidak begitu lebat, mungkin ruangan tumbesaran tak cukup luas dan pembajaan kurang.
Buah rambutan sedang menunggu ranum. Biarpun buah tak begitu lebat setidaknya dapat juga menikmat hasil tanaman sendiri.
Pokok mangga dah lama sangat tidak berbuah, berdaun saja lebat. Setelah berpangkas, nak cuba diberi baja buah, kot lah boleh berbuah...
Kita tak dapat tiru semua, dapat tiru sebahagian pun jadilah..
geramnya tenguk buah epal berbuah lebat. Pokok mangga kalau tak berbuah kena pangkas ke. Tu lah kat kg ada sepokok tu daun je lebat tapi buah takde. Ada sekali nampak berbunga tapi tak lekat bunganya. Kena buat macam wak le nanti
ReplyDeleteHehe pasal mangga tak berbuah, sy pun ada masalah yg sama...lama mandul..
DeleteKat jepun takde monyet kacau hasil tanaman
ReplyDeleteHehe x pastilah pulak wak
DeleteThanks for making complex concepts accessible to a wide audience.
ReplyDelete