Ini pertama kali menjejakkan kaki di Jepun, bayangan minda hanya berdasarkan perkongsian media. Membayangkan Jepun sebagai negara maju, berteknologi tinggi berpuluh tahun kehadapan berbanding negara lain, penampilan fizikal yang dibayangkan sebagai serba serbi sempurna berfungsi, kemas lagi bersih.
Impresi pertama tiba di Tokyo, perwatakan warga Jepun menepati apa yang disangkakan, peramah bersopan, mesra orang berbeza dengan warga eropah atau cina.
Kebersihan bandar memang benar, jalan, lantai- lantai bagaikan dibasuh, tandas walaupun awam percuma, berkilat, tiada kesan kotoran.
Kekemasan atau penampilan agak meleset dari apa yang penulis bayangkan., tak jauh beza dari bandar- bandar atau warga asia. Kabel-kabel letrik berselirat walaupun tidak seserabut Thailand. Bab penampilan Jepun terkebelakang berbanding eropah.
Jalan-jalan taman sempit sehala, cukup sebuah kenderaan, patut pun di Jepun kenderaan banyak yang kecil. Mungkin tempat penginapan kami adalah kawasan perumahan lama..
Beginilah pengumpulan sampah di Jepun, setiap satunya diasingkan mengikut jenis untuk dikitar semula, dibungkus dengan jaring supaya tidak bersepah...tak pasti mengapa khuatir bersepah, sebab langsung tidak melihat kelibat anjing liar ataupun kucing berkeliaran.
Sistem pengangkutan awam tren canggih, cuma agak kurang mesra OKU sebab stesen lebih banyak bertangga berbanding escalator maupun lift, tak sepatutnya negara maju terlupa menerapkan aspek ini. Perhentian bas juga tidak begitu mesra penumpang, tiada maklumat perjalanan di paparan digital, berbeza dengan di Jerman.
Ini lagi perkembangan terkini Jepun, sekarang sangat mudah mendapatkan makanan halal. Kebab Turki mudah diperolehi.
Tak perlu khuatir kebulur di Jepun, kini makanan tempatan banyak yang disahkan halal.
sedapnya wak tempura asli dari jepun. wah tepi jalan je pisang kaki. Boleh petik ke
ReplyDelete