Sesudah Temerloh meneruskan pemanduan ke Cherating, melalui jalan lama. Sejak ada lebuhraya memang jarang melalui jalan negeri, teringin mengetahui perkembangan pembangunan sepanjang jalan dan pekan- pekan yang dilalui.
Mendekati Gambang, kepala segera terbayang Gambang Resort City, sejak dibuka memang belum pernah ke sana, destinasi ini memang termasuk dalam senarai yang ingin dikunjungi.
Tiba di persimpangan masuk ke resort terdapat banyak kenderaan diletakkan dibahu jalan dan orang ramai berkumpul dipintu gerbang resort. Segera singgah untuk merungkai misteri.
Berita pahit untuk ditelan, rupanya resort telah dihentikan operasi 3 bulan sesudah PKP lagi. Huhu tak sempat berkunjung dah tutup. Orang ramai yang berkumpul adalah pemilik unit-unit apartmen yang tidak berpuashati kerana unit mereka terbiar dan tidak menerima imbuhan pelaburan.
Menurut notis yang direntang di pintu gerbang, resort sedang diusahakan untuk dibuka semula secara berperingkat.
Dalam pukul 2 ptg tiba di Cherating. Alhamdulillah dibenarkan check in awal. Penginapan kami di chalet Royale Chulan.
Sementara menunggu malam dan jjcm, meronda ke Pantai Mak Nik, Chukai. Tak jauh dari Cherating dalam 15 km. Sekarang boleh tahan meriah dipantai Mak Nik dengan pelbagai aktiviti pantai, gerai jualan, naik kenderaan berkuda, Atv, basikal dll
Sebelum pulang ke Cherating makan-makan dulu seafood celup tepung, sup dan satar.
Singgah Chukai memang tak sah kalau tak makan satar..Chalet penginapan kami penuh hujung minggu. Caj hujung minggu dalam RM270/hari termasuk cukai itu ini.
Petunjuk yang bagus aktiviti pelancongan domestik mulai pulih pasca PKP. Sedih jika sektor ini berterusan longlai, banyak pihak akan terpukul teruk sebagaimana Gambang Resort City. Entah berapa ramai yang hilang pekerjaan.
Esok sesudah subuh berjoging di tepi pantai Cherating
No comments:
Post a Comment