Hampir 2 bulan pondok kebun dibina, kekuda bumbung aras satu telah disiapkan. Sebelum kekuda dipasang, tiang yang senget diperbetulkan menggunakan chain block, sesudah itu dikunci supaya tidak menyenget lagi.
Boleh tahan juga dapat mencapai kemajuan ini kerana seminggu hanya sekali datang ke kebun, bermakna memakan masa 8 hari saja . Pondok pun dibuat selepas membersih kebun, matahari dah naik baru sambung buat pondok..jadi ambik masa lama lagi untuk disiapkan.
Rakan-rakan mencadangkan dah alang- alang bersungguh membuat pondok kenapa tak guna bahan yang tahan lama seperti batu dan simen...Huh akan datang In Sha Allah bila akses ke kebun dah ada, sekarang memanfaatkan kayu kebun yang ada. Batang kayu perlu dirawat supaya tidak cepat reput, risau juga sebab bumbung menggunakan atap genting
Walaupun beriya membuat rumah kebun tapi takdalah sampai nak berhabis wang berlebih-lebihan apatah lagi diusia menghampiri senja ini.
Pondok kebun lebih untuk lepak-lepak selepas berkebun sesekali bermalam.
Bila dah ada pondok boleh lah berehat sambil merenung nasib dan strategi..Boleh lah fikir bagaimana nak kurangkan gangguan makhluk perosak ke atas tanam- tanaman.
Kebanyakan pokok-pokok yang ditanam hidup tapi ada gangguan makhluk perosak pula.
Tanam pokok kantan habis dicarik- carik pucuk daun oleh monyet . Pokok yang sedang membesar rambutan, nangka, mangga sebahagiannya habis dicabut . Tak tau angkara monyet atau babi..
Tanam durian hampir kecewa dah...Beratus RM membeli pelbagai benih, hampir kesemuanya mati.. adalah baki 2 pokok.
Sukar juga jadi petani...tak dapat bayang bagaimana susahnya orang tua kita dulu berperit jerih, usahakan kebun sehingga menjadi...
Keliling kebun memang kena pasang pagar tetapi perlu mengambil masa sebab dah lah datang seminggu sekali, semuanya dibuat sendiri bersama pembantu, nak upah orang tak berbaloi. Kebun diusahakan lebih untuk kegunaan sendiri bukannya komersil.
Bila dah pasang pagar, babi mungkin kuranglah dapat masuk tapi monyet tak boleh dihalang, persekitaran belukar dan pohon-pohon tinggi.
Ada yang mencadangkan pangkal pokok dipasang jaring atau tin untuk menghalang makhluk perosak mengorek pangkal pokok..Kaedah yang boleh dicuba. Sangat sayang, pokok yang dah tinggi samada dicabut atau dipatah-patahkan batang dan ranting .
Penawar berkebun segala penat lelah terdahulu segera hilang apabila apa yang diusahakan berhasil.
Kecewa memang kecewa tapi usaha perlu diteruskan sambil menyediakan tempat memanfaatkan usia senja sambil beriadah mengeluarkan peluh.
berkebun memang banyak cabarannya
ReplyDeletetapi jangan kenal erti kecewa atau putus asa
In sha Allah tetap tabah dan bersemangat ni wak
Delete