click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, July 13, 2022

Kuala Tahan, Pahang

Banyak tempat-tempat menarik semenanjung yang penulis belum jelajahi. 

Sementara aktiviti di tempat kerja Jengka masih lagi dalam mode cuti Aidil Adha, Selasa, penulis mengambil kesempatan meronda ke Kuala Tahan,  pintu gerbang ke Taman Negara Pahang, 2 jam pemanduan dari Jengka. Asalnya meronda mencari tempat makan tengahari, berkesudahan sehingga ke Kuala Tahan. Ronda-ronda ini sebahagian dari siri jelajah Pahang sementara  mempunyai tugasan di Jengka Pahang sehingga 2024.


Taman Negara Pahang, Kuala Tahan popular seantero dunia tapi penulis tak pernah sampai. Taman Negara yang memiliki hutan simpan tropika terbesar semenanjung, berusia jutaan tahun tertua didunia, menyajikan pelbagai cabaran untuk mereka yang berminat dengan aktiviti lasak.


Singgahan harini sekadar meninjau apa yang menarik di Kuala Tahan yang boleh disertai. Melihat kepada aktiviti yang ditawarkan di taman negara, rasanya ianya lebih sesuai untuk orang muda atau orang yang berjiwa muda yang sukakan aktiviti outdoor.

Aktiviti berkhemah, meredah hutan, gua, jeram, air terjun, memancing, memanjat gunung, mengintai hidupan liar dan banyak lagi aktiviti lasak boleh dilakukan. Masa yang panjang diperlukan jika  benar- benar ingin menikmati kepuasan beraktiviti di sini. Menawan puncak Gunung Tahan, gunung tertinggi Semenanjong Malaysia mengambil masa sehingga 7hari, begitu juga dengan memancing dilubuk- lubuk ikan tertentu.. 

Sekiranya mempunyai tempoh lawatan singkat boleh lah pusing-pusing naik sampan, diperairan jeti, caj pun cuma RM10 untuk durasi 20minit, sudah lebih dari memadai.



Selain dari itu, boleh makan- makan di restoran terapong. Caj makanan boleh dikatakan murah, cuma menu kurang pelbagai atau jika inginkan menu special ikan-ikan sungai segar sudah pasti boleh ditempah terlebih dahulu.



Jeti Kuala Tahan berada dipertemuan sungai Tembeling dan Sg Tahan. Sungai Tembeling berhulu sehingga ke Tasik Kenyir, Trengganu dan bersambung dengan Sungai Pahang manakala Sg Tahan berhulu sehingga ke Gunung Tahan. Semasa kejadian banjir besar 2014, seluruh Kuala Tahan ditenggelami air sehingga ke puncak bumbung, barangkali ketika itu air Tasik Kenyir terpaksa dilepaskan ke sungai.



 Banyak resort-resort, chalet mahupun homestay di persekitaran Jeti Kuala Tahan. Jika ingin menginap di resort premium boleh menginap  di seberang Sg. Tembeling,  Mutiara Resort, RM380 satu malam. 

Bila kehadiran pengunjug ramai, banyak penambahbaikan boleh dibuat.. Keindahan, kekemasan, keceriaan boleh ditingkatkan lagi.

Jom- jom kita datang ke Taman Negara Pahang Kuala Tahan. Kita meriahkan pelancongan domestik.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK