click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, July 30, 2022

Kereta Kancil ...

Kalau cadangan kenderaan lebih 10 tahun perlu dilupuskan diterima, Kancil ni antara yang akan jadi mangsa, berusia hampir 30 tahun. Penulis berpandangan cadangan itu sukar untuk dilaksanakan. Kini kebanyakan pembiayaan kenderaan sehingga 9 tahun, selepas setahun habis membayar kenderaan perlu dilupuskan dan sambung berhutang lagi membeli kenderaan baru. Mahu orangramai tak bising..

Kereta Kancil kalau penjagaan betul, walaupun tua iyanya masih segak dijalan raya...Comel gitu. Patutlah ada peminat. Satu hari ada orang datang ketuk  pagar bertanyakan samada Kancil mau dijual. Alamak kalau nak jual pun berapa sanggup beli, kereta ni penulis buat main- main saja, bawak pergi kebun  boleh, bawak ronda pun boleh, kalau tukar enjin satu Malaya pun steady boleh pergi. Harga tukar enjin taklah sampai rabakkan poket. 

Banyak dah keluarkan belanja untuk kancil ini, cat saja 2 ribu lebih, kalau jual nak dapatkan balik modal dah tentu pembeli tak sanggup. Jadi berilah alasan kereta bukan untuk dijual.


 
Adat kereta tua, ada jer yang perlu ditukar. Drive shaft bengkok, bila membelok kedengaran bunyi macam tayar nak tercabut, brake pula tak berapa mencengkam dan ECU aircond rosak. Mujur Kancil, abislah juga dalam Rm980.

Sekarang dah ok, ac dah sejuk boleh lah bawak atas hiway sambil layan lagu. Bestnya dengan Kancil ni bawak perlahan 60km sejam pun orang tak kesah, cuba bawak kereta lain mau kena hon berulang kali. Nak lagi ok pakai kopiah, owh atok.. bawak 30km sejam pun gerenti orang tak marah hehe...







1 comment:

  1. Penat bayar hutang, baru nak merdeka disuruh lupuskan pula. Kami pun rasa tak puas hati sebab baru nak senang lenang lepas bayar hutang, sekarang umur satu kereta tu dah 13 tahun. Memang mula buat perangailah. Itu rosak, ini rosak. Cadang nak tukar enjin, baiki itu dan ini. Bila bawa ke bengkel anggaran 30K kena sedia. Huurrmmm... tiba-tiba ada yang berminat nak beli. Jual sajalah.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK