click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, May 20, 2025

Cili...


Ringankan sikit tulang banyak belanja barang dapur boleh kita jimatkan.




Nampak macam senang, tapi susah juga nak menyemai biji benih cili, nak senang beli yang dah hidup di nurseri...Masa membeli harga berbelas ringgit juga..

Masa dibeli pokok tak sesubur sekarang, daun agak kekuningan dan jarang, sebab tidak banyak pilihan, dibeli juga...

Untuk mudah penjagaan pokok ditanam di dalam pasu, dasar pasu ditanam dengan ikan hampir busuk..tiap kali membasuh ikan maupun ayam, air disiram dipangkal pokok..sekarang pokok kelihatan sihat dan terpaksa ditongkat untuk mengelakkan tumbang..daun lebat buah pun rapat..

Tanam lagi 2 pokok rasanya dah tak perlu membeli cili..Pokok kencur, kari pandan dan kesum turut ditanan dipinggir dapur...

Keperluan asas masakan memang sepatutnya diusahakan sendiri. Kalau serai pun terpaksa membeli ini dah teruk amat ..Serai, kunyit, halia pun boleh tanam dipasu..Kekadang bahan yang beli digunakan tak seberapa yang selebihnya rosak begitu saja..bila bahan asas mudah dicapai tiadalah pembaziran, duit pun jimat..

Jom jom bertanam...




Monday, May 19, 2025

Racun Anai-Anai Online...

Di dalam rumah untuk keberkesanan  dan jaminan 3 tahun, terpaksalah panggil pembasmi anai- anai profesional, kos Rm1900.

Meneliti media sosial terdapat racun anai dengan  dakwaan keberkesanan 100 peratus, harga dalam rm300 untuk bancuhan 6 liter..Kita pun membeli untuk dicuba di kebun. Di kebun jika ada anai anai ermm terbantut tumbesaran pokok dan lama-kelamaan pokok pun mati..

Selama ini tersilap menggunakan racun yang segera membunuh anai anai dipermukaan, sedangkan anjuran pembasmi anai-anai profesional, racun mesti ditujukan ke sarang utama. Ratu berupaya bertelur 10ribu telur sehari, jadi petualang ini mesti dihapuskan. 

Mereka menggunakan umpan serbuk beracun  yang akan dibawa ke sarang oleh pekerja anai anai seterusnya membunuh ratu dan  keseluruhan koloni.

Racun yang dibeli online juga menggunakan kaedah yang sama, cuma dalam bentuk cecair.. apabila bersentuhan sesama mereka, semuanya akan berjangkit termasuk ratu..

 


Beginilah keadaan  bawah pokok jambu halaman rumah.., kotak yang diletakkan sementara sebelum dilupuskan dipenuhi dengan anai, berpindah ke sini setelah laluan bawah pokok mangga di sembur dengan racun anai-anai hardware..


Pembasmi profesional memang ada bagitau, racun anai anai harware berkesan jika terus dicurah ke tempat dimana ratu bersarang,  semburan permukaan akan hanya membunuh anai anai pekerja dan tentera tanpa sempat membawa racun ke ratu, jadi pembasmian ini tidak berkesan. 

Takper kita tengok nanti keberkesan racun belian online..

Harapnya berkesan...

Tuesday, May 6, 2025

Kancil Sudah Tiada...

Setiap yang bermula akan berakhir, begitulah juga dengan Kancil..Pagi Jumaat 2 Mei, sesudah subuh tamat riwayat si Kancil ini, bertembung dengan Kelisa di lampu isyarat..Sedang asyik bersembang dengan rakan ketika menuju kolam air panas Kuala Kubu sesudah subuh, langsung tak perasan simpang berlampu isyarat.. Bammm!

Tak sempat apa, segera meluru keluar memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang dilanggar... terdetik juga boleh tahan padu Kancil kerana kelajuan ketika itu 50-60kmj, tiada kecederaan dikedua belah pihak..


Kelisa dan Kancil berwarna hampir sama..Ramai yang menyangka kami berkonvoi dari Kelab Perodua klasik ..








 Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800.  Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta  Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa. 


Sebelum kejadian sudah berkira-kira menjual  Iriz sebab tak mau menyimpan banyak kenderaan lama,    Kancil sudah cukup menjadi basahan destinasi berdekatan, serba serbi jimat dan tak takut dilenjan..ermm bertukar rancangan.. daripada memembaikpulih Kancil lebih baik bagi cun kereta Iriz.

Ber Iriz pulak lah kita..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK