click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, July 27, 2026

Markisa...

Belek punya belek rupanya pokok markisa sudah berbuah...Benih pokok dibeli di Pejabat Pertanian Kalumpang ketika menghadiri kursus pertanian. Pokok pun makin merimbun dan perlukan struktur sokongan tambahan.





Pangkal pokok terpaksa dilindungi dengan pelbagai halangan termasuk jaring, batu bata untuk menghalang dari disongket babi.

Bila berbuah nii kita pasrah kalau buah dikerjakan monyet..Tak tau bagaimana nak menghalang, penggera solar ada pun macam tak berkesan.. ada rezeki adalah, dapatlah merasa buah...buah markisa bila masak ranum rasanya begitu menyegarkan biarpun dimakan begitu saja.  Nak dibuat jus pun boleh..


Buah muda pahit barangkali, buah yang dipetik tidak dimakan..ditinggalkan di tanah..



Pondok kebun turut diselongkar monyet, serbuk racun pokok yang belum sempat digunakan habis berterabur, kalau dimakan elok juga.. Racun cecair ni kalau diminum pun ok juga..botol bertaburan di atas lantai.


 

Rutin kerja kebun memang tak pernah habis, rasa kerja tak pernah siap, belum sempat habis membersih, potongan terdahulu dah panjang..perlu diulang, sedangkan sebahagian kawasan belum siap berpotong...jadual membaja pun dah datang lagi..

Sementara mesin rumput dihantar lagi ke bengkel, kita bermain dengan chainsaw pula, memotong batang pokok-pokok tumbang..chainsaw dah berbulan- bulan tak diguna sejak dibaiki..Pokok- pokok yang ditakik hampir semuanya telah tumbang. Pokok yang telah reput mudah sikit dipotong.. Selagi tak di potong dan dibakar, sukar serta melambatkan kerja-kerja memotong rumput .. 


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK