click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, July 22, 2026

3H2M Pantai Timur- Wakaf Che Yeh

Meneruskan ronda ronda Pantai Timur.

Duka melihat sebahagian hiway LTU terbengkalai menghampiri bandar Gua Musang sikit terubat bila melihat aktiviti pembinaan lebuhraya Gua Musang-Kuala Krai sedang berjalan. Jika rentak pembinaan ini dikekalkan, 2 tahun akan datang akan melihat perubahan kemajuan ketara. Sudah boleh membayangkan bandar- bandar utama pantai timur dihubungkan dengan jaringan jalanraya selesa. Bentong-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.

 

Sangat berharap LPT3 Kota Bharu- Kuala Trengganu segera dibina menghubungkan LPT2 yang kini terhenti di Kuala Trengganu. Mengimpikan juga Lebuhraya Persisir Pantai Timur bermula dari Tumpat sehingga Pengerang dibina.

Menyaksikan ECRL pakej Kota Bharu- Gombak sudah hampir siap sepenuhnya dan dijadualkan dibuka pada Januari 2027, manakala pakej Gombak Pelabuhan Klang menyusul setahun kemudian. 

Sekarang kita mempunyai pilihan pengangkutan awam selain bas atau kenderaan persendirian..



Hasrat menyeberang sempadan Siam tak kesampaian, pasport dah bawa cuma di Rantau Panjang tiada khidmat teksi atau grab ke sempadan sebagaimana di Bukit Kayu Hitam..Di Bukit kayu Hitam terdapat pakej parking kenderaan berserta khidmat penghantaran ke sempadan..Kita memang tidak berhasrat memandu di Siam jadi dokumen kenderaan  tidak dibawa..sebagai ganti berziarah saudara Di Kota Bharu.

Tak dapat makan di Narathiwat atau Patani kita makan makan di Restoran Thai  Baan Suwarin Kota Bharu... Cuma harga dan rasa pastinya berbeza...


Malam menginap di Wakaf Che Yeh..














No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK