Ahad hari kebun, menerima kunjungan rakan, sepatutnya berempat, sorang terpaksa membatalkan hasrat kerana mengundi PRN Johor.
Sempena menerima kunjungan rakan, ambil kesempatan meminta mereka menanam pokok dan diabadikan nama. Ramai rakan lain yang telah berbuat demikian. Kelebihannya setiap kali berkunjung ke kebun kita akan teringat mereka ini, begitu juga selalunya pelawaan berikut akan lebih senang untuk mereka datang, menjengok pokok yang ditanam.
Sebahagian 4 dari 10 pokok avocado yang dibeli untuk menyulam mana-mana pokok yang mati... Moga pokok membesar sebagai johan berkat air tangan penanam,
Plot ini dikhaskan untuk pelbagai spesis pokok avocado berserta nama penanam. Suka melihat pokok yang seragam ketika besar nanti. Biarpun ada yang ditanam terdahulu mati, tetap semangat menyulam dengan pokok baru.
Meraikan rakan makan durian di dusun, untuk merasakan keunikan spesis pokok yang ditanam. Musang King, Duri Hitam, D24 dan Kampong, Pokok sendiri belum berbuah, kita bawak buah luar, yang penting dapat suasana melantak di dusun sendiri..hehe
















No comments:
Post a Comment