Seronok jika disetiap laluan ronda- ronda ada tempat menyinggah. Di Besut singgah di campsite rakan, Santai Bira Sungai.
Campsite berdekatan dengan jeti nelayan pantai, boleh mendapatkan hasil lautan segar samada untuk berBBQ atau dibawa balik.
Terdapat juga jeti ke Pulau Perhentian Pulau Redang dan beberapa pulau lain..Boleh pergi balik hari jika tak sanggup membayar lebih di pulau...
Ke Trengganu kita nikmati hasil laut celup tepung dan masakan panas lain sambil menikmati pemandangan pantai..
Berdekatan dengan campsite terdapat juga perusahaan kecil membuat ikan bilis.
Pengusaha campsite boleh usahakan sewaan bot jika ingin memancing ikan maupun udang atau mencandat ketika musim sotong.
Tidak dapat bermalam di campsite kerana Rabu ada temujanji doktor..Lagipun Besut-Kuala Lumpur masih tersangat jauh untuk memandu santai, jadi memilih bermalam di Paka Trengganu sambil melawat cucu saudara.
Seusai serapan terus balik, Selasa sebelum zuhor sudah tiba di sarang.
Anggaran jarak perjalanan keseluruhan mungkin sekitar 1200km setelah mengambil kira ronda sana sini setiap destinasi dan persekitaran. Kos minyak Rm 150 dan Tol 50 jumlah yang dikira berbaloi untuk ronda ronda 3H2M














