Kita pun kekadang hairan dengan makhluk perosak nih..dalam banyak banyak pokok, yang ditanam juga yang didengki..
Terbaru 2 pokok nangka remaja setinggi pinggang dicabut sehingga akar..pokok ini berpagar dengan tin biskut, tetap tidak selamat, daripada lebih 40 pokok nangka ditanam hanya tinggal 3 dewasa menanti berbuah, manakala 3 remaja masih berisiko dimusnahkan haiwan liar.
Selain nangka, 2 pokok durian ketinggian 5 kaki patah dahan..ini sah angkara monyet.
Alarm berfungsi, tapi kelemahan alarm solar, galak ketika siang, bila malam kehabisan bateri..
Harini membeli lagi 5 anak pokok nangka madu. Sepokok Rm20. Ambil kesempatan musim hujan menyulam pokok yang musnah. Sayang jika tanah dibiarkan kosong..
Pokok avocado yang dikawinkan sebahagian menjadi , sebahagian tidak..sedahan Rm10..kesian dengan sahabat ..hanya yang hidup berbayar, selagi tak jadi diulang- ulang kawin..
Pokok pisang dikebun tumpang..
Yang ini sah tiada gangguan haiwan liar..dapatlah merasa hasil
No comments:
Post a Comment