click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 16, 2025

Barang Lusuh...

Proses pembersihan dan pengosongan rumah diteruskan. Tawaran dibuka kepada anak- anak untuk tinggal   dirumah lama kami, mereka memilih untuk tinggal dirumah pilihan sendiri atas alasan jauh dari tempat kerja.

 Walaupun pernah disenaraikan kepada ejen untuk dijual, menukar fikiran untuk disewakan, termasuk dengan perabut dan perkakasan elektrik..seterusnya diwariskan kepada anak-anak..Keadaan rumah masih cantik dan utuh..apatah lagi setelah segala lampu siling diaktifkan semula. Lantai pun tak lebih setahun baru ditukar...

 Harga rumah  tak pernah menyusut, inikan lagi rumah  memiliki halaman yang agak luas.




Microwave 2 unit, besi lampu- lampu lama tolak dikedai barangan lusuh..ermm dapat Rm18.30 saja..

Pakaian lama dah lebih 4 plastik sampah hitam disumbatkan ke tong kitar semula. Sebahagian lagi akan dibawa ke kebun untuk membungkus nangka atau dijadikan orang-orang .


Belum siap sepenuhnya, masih ada lagi kabinet yang belum dikemas. Penyewa akan masuk bermula 1 mei .



 
Fuh beginilah rupa rumah bila tiada penghuni tetap..sekejap saja ada yg menumpang, padahal hanya lebihkurang 2 bulan rumah tidak diduduki sepenuh masa.

Penyemburan racun anai-anai telah dibuat, lampu lampu telah dibaiki.. Akan memanjat bumbung untuk menyembur racun anai-anai juga..

Rumah telah berusia lebih 30 tahun daun-daun pintu selain serangan anai anai sebahagiannya turut telah reput. 3 unit pintu tandas termasuk frame ditukar baru menggunakan aluminium. Selepas ini baiki bumbung. 

Berdasarkan anggaran 3-4 bulan  pertama sewa memang habis untuk kerja kerja baik pulih...

Biarpun berpenyewa tetap berisiko rumah rosak andai dapat penyewa tak tahu jaga rumah.

Rumah dibiarkan kosong berisiko rosak juga.

Antara 2 pilihan, tak mengapa rumah rosak berpenyewa setidaknya kita dapat juga duit sewaan bulanan...

Yang pening berpenyewa tapi rumah rosak dan penyewa lari malam tak bayar sewa..

Berdoa dan bertawakal sajalah..

Monday, April 14, 2025

Grinder Mini...

Bermodalkan bajet Rm50 sudah boleh dapat grinder mini. Fuh dah cuba memang berbaloi..sesuai untuk kerja kerja ringan, tidak perlu lagi menggunakan gergaji tangan. Sangat membantu untuk memotong besi ringan rangka bumbung pondok kebun..

Cuma ketahanan bateri tak pasti, bergantung pada nasib, dulu pernah beli drill cordless, bateri boleh tahan lama, bila beli set berikut jenama berbeza ermm sekejap saja bateri habis..set lama  charger pula hilang, bila guna charger gantian, bateri lambat  naik dan cepat habis. Geram saja ingin menyambar set baru.




Hah kaki bangku ni pun dapat dipotong dengan mudah...ketinggian disesuaikan untuk orang pendek, terlalu tinggi, kaki tergantung selain sukar memanjat..

Barangan letrik sekarang memang pakai buang..kotlah nanti bateri pun tak tahan lama, lebih berbaloi membeli satu set baru berbanding bateri saja..Kita cuba jenama lain pula

Dapat bertahan 2,3 tahun oklah tu..

Saturday, April 12, 2025

Repair & Servis Aircond Kembara...

AC Kembara tetiba tidak sejuk, mula mula hanya tidak sejuk ketika berhenti, kemudian langsung keluar angin panas sepanjang masa.

Kalau AC kenderaan tak sejuk selalunya dikaitkan dengan 4 komponen penting AC samada tidak berfungsi atau pun terdapat kebocoran menyebabkan gas habis.

Kompresor
Cooling coil
Kondensor
Piping dan injap

Setelah ac Kembara dihantar ke bengkel dan diperiksa ternyata terdapat kebocoran pada cooling coil.

Setakat ulang alik ke kebun, Ac tak begitu mendesak sebenarnya, lagipun ketika mendaki bukit kebun AC terpaksa juga di off kan untuk mendapat tambahan kuasa mendaki.





Ini lecehnya bila komponen kenderan menggunakan sistem elektronik..motor tingkap telah 2x dibaiki ermm rosak lagi, barang oem langsung tiada kualiti. Lepas ni ingin menukar sistem turun naik tingkap secara manual..biarpun tidak canggih iyanya lebih praktikal serta tahan lasak untuk kenderaan kebun.
 


Bila tingkap  boleh diturunkan, selain bermanfaat ketika AC rosak, barangan panjang boleh dijulurkan melalui tingkap sebelah penumpang. Lebih mudah untuk mengangkut berbanding terpaksa membuka bonet belakang...

Memandangkan motor tingkap pun telah lama jem, mau tak mau AC kena juga dibaiki. Tak sanggup berpanasan tanpa udara luar.


Kerugian membaiki dan servis AC adalah RM498.

Thursday, April 10, 2025

Sampah, Simpan atau Lupus..





 Antara barang-barang yang akan dilupuskan bila mengemas rumah.

Rasanya ini masalah sejagat..Terbit rasa sayang bila ingin melupus, seolah bermanfaat kemudian hari, bila disimpan akan memakan ruang dan percayalah barang-barang tersebut akan kekal disimpan tanpa digunakan...Kalau terikut-ikut dengan perasaan sayang, bina banyak mana stor sekalipun, ruangan tetap tidak  mencukupi.


Sebaiknya pejam mata capai barang dan masukkan dalam plastik sampah dan buang..tapi selalunya tak begitu...bila dibelek satu persatu, selain memakan masa, maka terjumpalah barang-barang yang hilang atau masih lagi ada perasaan sayang, maka disimpan lagi.

Antara barang barang yang sering terkumpul adalah bekas makanan plastik, kaca, aluminium pelbagai saiz, mainan budak, tudung, pakaian , beg-beg, cenderahati kawin, pelbagai jenis charger, barangan letrik dll.

Biarpun dah banyak dilupus tetap terhimpun lagi..tambahan sekarang beli barang secara online, banyak yang indah khabar dari rupa, tidak sebagaimana diingini, barang tidak berkualiti, mudah rosak atau mudah dibeli, pantang cari tak jumpa, capai phone, beli baru..

Maka berulanglah kitaran.. beli, beli dan simpan. Huhu..





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK