click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, June 21, 2025

Kursus Pertanian...

Terbit rasa menyesal kenapa tak dari dulu lagi menghadiri kursus, bila dibelek semula perbualan wasap, tanpa sedar sudah 1 tahun 2 bulan berhubung dengan pegawai pertanian kawasan untuk mendapatkan peruntukan menggali telaga bawah tanah untuk pengairan kebun. Antara mesej terakhir, perlu menghadiri kursus untuk melayakkan diri memohon pelbagai peruntukan seperti baja dan keperluan pertanian lain. 

Dulu diberitahu jika permohonan lulus sekalipun, tempoh menunggu giliran mengambil masa yang lama.. Kalau dulu terus memenuhi syarat rasanya sesudah 1 tahun 2 bulan mungkin giliran menggali telaga telah tiba atau tinggal sedikit waktu saja lagi. Ermm

Benar tidak semua permohonan dipenuhi, selain kekangan bajet,  ramai sangat pemohon, perlu menunggu giliran. Kalau tak dapat semua dapat sebahagian sudah memadai. 

Peluang mendapatkan bantuan telaga bawah tanah adalah cerah kerana jabatan pertanian negeri mempunyai kontraktor panel gerudi telaga. Jika membuat sendiri kos dianggarkan dalam 15 ribu..




Biarpun lambat, peluang jangan dilepaskan. Jumaat baru ini datang ke pejabat pertanian kawasan di Kalumpang Hulu Selangor untuk menyerahkan borang menghadiri kursus slot bulan Julai dan Ogos 2025


 Julai- Kursus fertigasi Meja

Ogos - Kursus Pembuatan Baja kompos

Kursus 2H1M. Makan minum dan penginapan turut disediakan. Percuma. Walaupun tempat kursus tidak jauh dari rumah, tetap memohon penginapan barulah serius berkursus.

Bila dah ada air telaga nanti barulah selesa bermalam di villa kebun sambil tunggu durian gugur..Argh berangan itu percuma..





Villa Kebun belum siap sepenuhnya, biarpun kecil ia lengkap dengan pangkin tidur  berdua, pangkin duduk, pangkin memasak, pangkin juadah, kabinet untuk peralatan dapur, khemah dan alatan mini kebun. Tandas berasingan belum dibina...


Biarpun villa kebun ada iras- iras kandang kambing, tak kesahlah..yang penting line telefon penuh..

Berkebun ibarat acara marathon, slow and steady, kalau terlalu laju memecut takut pancit ditengah jalan.

Sabar...


Thursday, June 12, 2025

Jjcm Tampin..

Kalau perjalanan ke utara ada port makan favorit di Sungkai atau Ipoh, Kalau nak makan kari ikan sembilang pergi ke Tg Piandang Parit Buntar Perak.


  Ke timur biasanya singgah makan ikan patin tempoyak di Temerloh, Kamaman pun sering singgah, disini sata padu. Kuala Trengganu rambang mata memilih menu..Kalau nak makan sambil dibelai bayu laut boleh makan ikan celup tepung di sepanjang Pantai Penarik.

Kalau ke selatan banyak, masakan salai boleh singgah di Sg Merab Bangi, Nilai pun ada, begitu juga di Seremban..

Medan ikan bakar boleh tuju Pantai Umbai Melaka, Sabak Aur Muar pun mantap, tapi selaunya jarang tak singgah makan asam pedas di Parit Jawa Muar.. 


Kini bertambah koleksi port makan jika ke selatan, Lomak Salai  Tampin. Hebahan pernah lalu di FB. Setelah sekian lama baru berkesempatan singgah..

Singgahan ke sini Selasa dalam perjalanan balik ke Lembah Klang, memang tidak menghampakan, bertepatan dengan ciri suasana dan selera..





Hari biasa pengunjung pun ramai, hujung minggu mungkin sesak..tapi sistem pengambilan makanan dan bayaran sangat bersistematik. Pembantu kedai pun ramai...

Masakan menepati selera, harga berpatutan...Selalunya daging dan itik salai menjadi pilihan



Daging salai lomak podeh, asam pedas tetel, pucuk ubi lomak, terung sambal, ikan kering pekasam berserta air mineral RM53.


Yang menariknya disini ada santapan halwa telinga busker. Sambil makan- makan mendengar lagu...fuh asyik.

Wednesday, June 11, 2025

Pantai Sg Lurus Senggarang...

Bila kita  sering bermusafir, mencari tempat-tempat menarik bukan lagi tujuan utama, yang sering menjadi fokus adalah tempat-tempat makan. Sekiranya tempat makan-makan berada di tempat menarik itu satu kelebihan.

Atas urusan kerja, Isnin bermusafir ke selatan, dalam pemikiran sesudah itu akan berpusing ke pantai timur sehingga Kuantan melalui Kluang -Kota Tinggi -Mersing, tiada tempoh waktu ditetapkan, dalam perjalanan itu ingin melawat sahabat sekolah yang diuji sakit di Bandar Tenggara.

Hajat tak kesampaian, sahabat tadi rupanya  bergerak pada hari sama ke Lembah Klang untuk rawatan, mungkin berselisih ditengah jalan,  kebetulan juga hari Rabu kami terpaksa kembali semula ke Lembah Klang atas urusan penting lain. Jadi mengubah haluan merayap di pantai barat saja.


Sesudah urusan selesai, pemikiran terarah mencari tempat makan- makan. Melilau sepanjang perjalanan mencari tempat makan..selalunya tempat yang meriah menjadi pilihan.., dari Parit Raja membawa kami ke Senggarang terpandang papantanda kecil usang, Medan Ikan Bakar..

Promosi kita ternyata sangat lemah...


Fuh ternyata pilihan yang betul. Pantai Sungai Lurus Senggarang..Ketika tiba hampir maghrib,  tempat-tempat makan tepian pantai meriah, pengunjung ramai,. Sebelum ini pernah meronda sehingga ke Rengit,  Pontian Kecil, kebanyakan singgahan tempat  makan tidak menepati ciri-ciri yang dicari.



Suasana begini yang penulis cari. Sambil menikmati hidangan dapat melayan pemandangan laut. Walaupun selalunya menu pilihan terjurus kepada makanan yang terbiasa dengan tekak..Kepelbagaian menu dan suasana membuatkan kita teruja dan menambah membangkitkan  selera...



Walaupun belangkas, pelbagai jenis ikan, sate dll, set hidangan nasi berserta siakap 3 rasa, telur dadar, sayur campur dan sup ayam menjadi pilihan dengan tambahan menu kupang masak sambal


Kalau kebiasaan restoran seafood, set sup tomyam antara menu pilihan wajib, di sini sup  ayam dengan rasa rempah, sangat menambat  selera.

Harga set 2 orang berserta menu tambahan kupang sedulang bujur dan minuman teh O ais hanya RM63, harga yang dikira berbaloi mengambil kira saiz hidangan.

Tak teragak-agak untuk kembali lagi jika kebetulan meronda ke selatan bahagian barat lagi..

Thursday, June 5, 2025

Lemang Besi...

Tak rugi berbudi dengan tanah.. 3 pokok kelapa halaman dan pinggiran jalan sentiasa memberi hasil. 


Walaupun sukar, buah tua masih boleh dikait dengan galah panjang.
Sudah sampai masa membuat tangga mudah alih untuk memanjat pokok yang semakin meninggi.. 



Pokok tinggi boleh tunggu kelapa tua gugur, yang rendah boleh kait untuk air kelapa muda. 


Pahat yang diubahsui dimanfaatkan untuk mengupas sabut...berbanding parang, mudah saja menggunakan alat ini..



Kalau sebiji dua lebih cepat menggunakan kukur manual, lambat sebab terpaksa mengeluarkan kukur elektrik dari kotak yang disimpan di stor . Bila dah banyak begini, pengukur ekektrik pastinya lebih laju..atau kalau malas juga boleh hantar ke kedai runcit..dulu upah kukur sebiji 50 sen..kini tak pasti.

Hah dapatlah guna santan yang banyak samada untuk buat lemang atau rendang daging dll. Lusa Sabtu kan nak raya. Sekarang santan  harga mahal berlipat kali ganda.

 

Zaman sekarang nak buat lemang pun mudah..dah tak payah guna buluh atau berpanas membakar lemang, kita guna acuan besi dan kukus..takda rotan akar pun berguna.. Walaupun bentuk seakan sama, rasa pasti berbeza tanpa rasa hangit lemang buluh bakar. 

Selamat Hariraya idul Adha..

Sunday, June 1, 2025

Pisang Bongkok Sabut..

Mula mula ingatkan dah takda harapan..Pokok pisang tanduk berbuah muda saiz 2 jari rebah dibadai angin kuat. Batang pokok lentok ditengah. Mujur sebahagian akar tidak tercabut, pokok ditegakkan dan ditongkat. Pokok kembali hidup dan buah membesar, beberapa bulan berikutnya batang patah lagi di bahagian kepala tongkat ..
Ditambah tongkat lagi di batang bawah tandan pula..


Kini batang pokok bawah tandan pula patah ..Membongkok sabut..Mujur buah  sudah tua. Boleh tunggu beberapa hari lagi untuk dituai. Untuk masak ranum walaupun diperam mungkin sukar tapi boleh dimanfaatkan  dikukus untuk sarapan pagi atau minum petang


Ini pula pokok pisang kerdil  generasi ke 4, kekurangan nutrisi.. Tandan hanya memiliki 2 sisir pisang.

 Terdapat perbezaan pada rumpun lain bila perdu disungkup dengan sampah berdaun  maupun ranting.  Pokok kelihatan mulai subur, daun hijau kembali banyak dan melebar. Sampah sampah yang mereput menjadi baja organik. 




Pokok nenas yang telah dituai dan dipotong dibahagian pangkal serta disungkup dengan sampah berdaun turut mengeluarkan tunas baru..


Baja foliar tambahan telah dibeli untuk menambah kesuburan tanah. Tak sanggup melihat pokok kekurangan nutrisi, terasa seperti sia sia bertanam tapi pokok dibiarkan kerdil ..Bila tanaman tidak berhasil terasa rugi membersihkan kebun tumpang saban bulan..



 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK