Sesudah sarapan pagi, terus bergerak ke Air Terjun Sekayu.. Kali terakhir berkunjung ke sini berbelas tahun dahulu. Pernah cuba pergi lagi, ketika itu masih tiada applikasi google map, tersesat entah ke mana dan berpatah balik..
Air Terjun Sekayu pernah ditutup untuk mentenen, hanya dibuka baru baru ini.
Tiket masuk RM2 untuk orang dewasa.
Di bahagian bawah berdekatan pintu masuk, air sungai cetek dan sedikit keruh kerana sudah beberapa hari hujan. Pilihan kepada pengunjung untuk bercamping, atau bermandi manda, jika tidak ingin ke kawasan air terjun di bahagian atas sana.
Jambatan gantung juga sudah terlalu uzur dan perlu dibaiki segera.
Tidak semua chalet dibuka lagi kepada umum kerana keadaannya yang uzur.
Suasana dan pemandangan di bahagian atas pastinya lebih cantik.
Biarpun kelihatan tenang Air Terjun Sekayu telah meragut banyak nyawa...Di kawasan air terjun terdapat lubuk yang dalam sehingga 7m..Jadi kita pilihlah lokasi yang selamat..Jangan biarkan kegembiraan bertukar tragedi.
Bukan saja lubuk yang dalam, di Sekayu sering terdapat fenomena kepala air..Biarpun di hilir cuaca tenang rupa-rupanya di hulu telah hujan lebat.. Dalam pengunjung leka bersukaria tiba tiba air menerjah dengan deras tanpa sempat berpindah ke tempat selamat.
Kehadiran pengunjung dihujung hujung minggu maupun cuti umum memang tersangat ramai..