April, tiba masa meronda Jerman menggunakan pas bulanan.
Memberanikan diri meronda berdua ke Munster, destinasi berjarak 70km tanpa ditemani anak. Bila mempunyai tiket tanpa had kita tak bimbang, jika tersesat boleh mencuba lagi biarpun mengulangi pelbagai laluan berulang kali.
Sistem pengangkutan awam Jerman mudah dipelajari..Stesen pengangkutan awam bandar utama atau dikenali disini sebagai Haupbahnhof, kebiasaannya 3 tingkat bersepadu menghubungkan semua mode pengangkutan awam .
Tingkat atas menghubungkan tren antara bandar / daerah maupun negeri berkaitan, aras tanah menempatkan stesen bas manakala bawah tanah untuk tren/ tram dalam bandar.
Peta laluan manual dan digital dipaparkan di stesen, selain boleh diperolehi melalui sistem aplikasi dalam talian yang dimuat turun ke dalam phone. Setiap destinasi pilihan akan dicadangkan laluan, mode pengangkutan berserta jadual perjalanan.
Jadual kenderaan awam, tidak selalui tepat, boleh sering kali mengalami kelewatan... Adakala terpaksa menukar beberapa kali tren/bas sebelum tiba ke destinasi..Selain halangan sepanjang laluan, berlaku juga kerosakan atau pekerja pula sering mogok.
Beginilah yang berlaku ketika kami ke Munster. Pengumuman pula didalam bahasa Jerman, jadi untuk orang luar memang mencabar..
Secara keseluruhan sistem pengangkutan awam Jerman adalah sangat bagus selain meluas di seluruh negara. Tidak hairanlah tiada kesesakan di pusat-pusat bandar kerana pengangkutan awam menjadi pilihan penduduk.
Pusat Islam Munster bersesekali dengan masjid bersebelahan saja dengan Houpbahnhof Munster.
Setelah melawat beberapa destinasi Jerman, diakui Jerman memang cantik. Kecantikannya standard biarpun diceruk mana sekalipun. Kecantikan bandar Munster menepati apa yang dibayangkan, penampilannya lebih kurang sama saja dengan destinasi lain terdahulu.
No comments:
Post a Comment