click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 18, 2026

Dilema Pekebun ...

Orang berkebun kita pun teringin berkebun, kebun orang menjadi, kita punya macam segan nak membesar. Berkebun banyak cabarannya, apatah lagi kebun dikelilingi kebun tinggal. Masa kecil disondol babi, dah berbuah dibedal monyet dan predator lain...Kalau niat berkebun untuk komersil, rasanya dah lama campak cangkul. Kalau kebun luas dah ubah tanam sawit lagi senang..Mujur kebun kecil dan berkebun lebih untuk memenuhi masa lapang selain beriadah. 

Kebun serba kekurangan, pagar keselamatan tiada, pengairan  mengharap air hujan, penjagaan maupun pembajaan hanya ketika  lapang, bajet pula seadanya, jadi menerima saja kemajuan tumbesaran pokok yang ditanam...

Ketika ini tidak difikirkan lagi pengawalan  predator hasil buah kerana kebanyakan pokok belum lagi memasuki fasa berbuah. Fasa sekarang lebih terarah kepada membesarkan pokok supaya selamat dari disodok babi..Biarpun banyak lagi yang perlu disulam, banyak juga yang terselamat dan mencapai usia remaja.



Ikutkan pokok durian ini dan sebahagian besar pokok durian lain dah berusia banyak tahun, tapi terbantut..argh tak mengapa lah..biarpun terbantut tetap dibajai...mungkin kedudukannya terlindung pohon besar atau tanah tak berapa subur. Membaca perkongsian pekebun di Utube, mereka menyarankan pangkal pokok hendaklah sentiasa digemburkan. Katanya lagi akar pokok suka dengan bau cangkul. Kita mencuba ternyata ada perubahan positif.



Pokok markisa juga sesudah memasuki fasa berbunga...dah banyak kali disodok babi, mungkin akar sudah merebak luas, biarpun hampir tercabut, cengkaman akar berbaki membuatnya masih mampu bertahan..


Pokok pokok hutan besar yang ditakik di penjuru kebun  sebahagiannya dah mereput dan tumbang..Anak pokok yang terlindung, sukar membesar dan mudah diserang ulat daun. Setelah bebas dari lindungan baru nampak membesar dengan sedikit pantas. 


Ada juga pokok durian yang membesar lebih dari yang lain..Alangkah syoknya jika semua pokok membesar sekata ..


Pokok rambutan yang sudah berbuah kali kedua.  Pertama dulu langsung tak merasa..kini tetap dibedal monyet tapi ditinggalkan sedikit untuk tuan kebun.

Ada sepokok lagi pohon dewasa yang  berputik lebat, kini menerima nasib sama. Ada berbaki sedikit untuk tuan kebun.



Yang berbaki ini pun tak tau lagi nasib, setidaknya dapat lah merasa 3,4 biji hasil tanaman sendiri.

 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK