Saturday, December 19, 2015

Kembara Bumi Mesir- Day 5..Barcelona...Tunggu...!

Tak puas hati lawatan hari terakhir UK.Rasa tak berbaloi menyewa kereta tapi tak sempat meronda banyak tempat...Memang berazam jika ada kelapangan dan rezeki ingin meneroka lagi bumi UK ...Ingin memandu mengelilingi UK..Disamping melihat pemandangan  daerah maupun negeri , dapat juga meleraikan kemusykilan ...Betul kah jalan-jalan di UK seteruk apa yang dilalui semalam...Tidak mahu membuat konklusi berdasarkan andaian dan lawatan singkat..ingin melihat lagi dengan mata kepala sendiri...

Sebelum jam 8 pagi telah berada di Airport Gatwick.Memulangkan kereta dan mendaftar masuk penerbangan ke Barcelona pula...Ada yang bertanya jika ingin ke Mesir kenapa tidak saja mengambil penerbangan terus dari London ke Cairo. London ke Barcelona dikenakan tambang domestik. Beserta promosi kami dapat 25 Pound seorang..Murahlah tu...Barcelona ke Cairo kerana kedudukan yang hampir harga tiket tidak begitu mahal.tidak melebihi RM600 sorang. Dengan cara ini boleh menjimatkan hampir separuh tiket penerbangan. Dengan penjimatan itu bolehlah meneroka tempat baru pula  ...

                                            

Menaiki  Norwegian Air..Sebagaimana jadual 2 ptg tiba di Barcelona..Mengambil saja teksi untuk ke Pusat bandar. Perjalanan setengah jam caj dalam 40 Euro. .Disana kami menginap di apartmen..Juga ditempah secara atas talian dari Malaysia ..Apartmen satu bilik  RM250/mlm..Sangat berbaloi untuk penginapan 4 orang selama 3 malam. Ruangtamu dilengkapi dengan katil sofa . Di luar nampak biasa-biasa..tapi di dalam sangat luarbiasa. Bersih kemas dan cantik seperti bilik pameran..Peralatan serba serbi lengkap..

Berdasarkan bacaan diinternet..Barcelona ni tak besar mana...Senarai tempat menarik untuk dilawati rasanya cukup dikunjungi dalam tempoh penginapan kami..Jadi petang itu tak keluar jauh sekadar ke kedai groceri berhampiran untuk membeli barang dapor. Makan masakan sendirilah harini...Mesin basuh tersedia..jadi boleh lah membersihkan pakaian juga..

Catatan hari ke 4 boleh dibaca di  DiSINI

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK