click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, July 18, 2016

Kedai Gunting Tmn Wilayah Selayang...

18 Julai 2016

Mulanya  agak keberatan untuk mengambil alih kedai ini…Kedudukan kedai agak tersorok..,selain berada dipenghujung jalan.  Maklumat dari penjual juga dengan jujur memberitahu kunjungan pelanggan walaupun ada namun sekadar cukup  makan. Pujukan  demi pujukan agent akhirnya akur  untuk mengambil alih. … Mujur penjual bersetuju menerima separuh harga dari harga yang  mula-mula ditawarkan. Memang harga dikira murah ..Penjual agak terdesak menjual bisnes kerana ingin pulang ke kampong halaman.





Faktor-faktor berikut menjadi  dorongan  untuk  membeli  bisness itu.  Kedai telah lebih lima tahun beroperasi, Jiran kedai mengesahkan perkara ini..,Dikalangan penduduk setempat ia agak dikenali . Cabaran membuka kedai baru adalah memperkenalkan kedai...

Tawaran  jualan  setelah diskaun  juga  agak berbaloi kerana  tidak murah jika ingin membuka  premis gunting baru… Pengalaman berbelanja membuka 2 kedai terdahulu jadi pemangkin  kuat untuk menerima saja tawaran ini…

Dan faktor seterusnya  sewa kedai  boleh tahan murah selain  tiada lagi deposit-deposit baru yang dikenakan...Untuk memajukan kedai  boleh difikirkan kemudian.



Tertanya-tanya juga kenapa setelah begitu lama beroperasi ,, pulangan sekadar  cukup-cukup makan…Jika tiada pelanggan  sudah pasti pemilik terdahulu tidak mampu bertahan  untuk tempoh yang begitu lama. 

Di perhatikan kedai tersangat kotor..serba serbi selekeh…Pelanggan tempatan hampir tiada berkunjung ke sini.. Sedangkan blok-blok flat disini sebahagian besarnya adalah penduduk tempatan..Pelanggan kedai lebih terarah kepada warga asing yang berkerja di pasar borong.. 

Sudahlah agak tersorok di dapati  juga tiada penunjuk arah dan papan tanda  yang dipasang di kedai ....Jadi untuk sentiasa mendapat  pelanggan baru memang agak sukar…

Menurut maklum balas jiran kedai, kedai tidak dibuka secara konsisten..sekejap buka sekejap tutup..Melainkan pelanggan setia,  pelanggan baru agak bosan  dengan keadaan ini…




Pendekatan baru perlu diterapkan untuk memajukan kedai…Kedai perlu diberi wajah baru...Pembersihan dan pengindahan perlu dibuat. Gantung frame pemandangan nescaya berseri kedai.. Pelanggan datang bukan saja ingin bergunting, mereka juga ingin bersantai minda...Jika kedai bersih dan selesa selain mutu perkhidmatan tukang gunting memuaskan tak nampak kenapa kedai tidak boleh maju...



Dengan penambaikan ini diharap kedai ini majulah...



Apalagi...Jomlah bergunting di Kedai Gunting Taman Wilayah Selayang...Dekat jerr...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK