click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 7, 2021

Pokok Pisang Sudah Berbuah...


Wah puas makan pisang nanti, bila pokok yang ditanam ditanah lapang di hadapan rumah sudah mula mengeluarkan hasil. Sepokok sedang menunggu masa untuk ranum.

Geram melihat buah yang padu lagi cantik kerana dibungkus sesudah jantungnya dipangkas. Ada yang cakap spesis ini pisang embun katek..ada yang kata pisang hybrid kacukan pisang embun dan montel itu pasal rendang dan cepat berbuah. Argh tak kesahlah spesis pokok apa pun.


Tak menyangka tandan begitu berat sehingga batang pokok patah. Harapnya pokok masih mampu membekalkan nutrients apabila ditegakkan kembali dan disangga dengan dua tongkat.



Buah 2 tandan lagi sedang membesar. Tongkat dipasanh untuk mengelakkan pokok rebah.

Ada lagi 4 pokok spesis sama yang belum berbuah. Ini tak termasuk anak- anak pokok dikeliling pokok induk.


Sepokok dari 2 pokok pisang tanduk sudah muncul jantung. Yang satu lagi tak lama lagi berbuah lah tu kerana seusia. Benih anak pokok keliling induk sudah boleh dipindah supaya banyak sikit spesis ini.

Pisang lemak manis muda ada 3 pokok.

Dah intai -intai ada lagi ruang kosong yang boleh dimanfaatkan, tapi tak mau menanam pisang lagi...

Nak tanam nenas pula ..

Jom-jom berkebun

2 comments:

  1. Anak pokok pisang tanguk tu jangan dipindahkan dulu takut induknya tumbang nanti.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK