click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, January 23, 2022

Muzium Kapal Selam Melaka...


Sesudah Muar, tenghari balik ke KL melalui jalan dalam, bertahun terkurung PKP, ingin meninjau semula perubahan berlaku disepanjang perjalanan. 

Singgah dulu makan mee bandong di restoran yang sering dikunjungi semasa bersekolah dulu. Mee bandong sangat sinonim dengan Muar.


Bila meronda, memandu secara santai dalam masa sama otak mencari destinasi menarik yang boleh disinggahi.

Teringat muzium ini terus menuju ke sana.


  


Muzium Kapal Selam Kelebang Melaka,  dibuka kepada umum sejak 2012 lagi. Jika sebelum ini hanya melihat digambar, kaliini ingin memasuki muzium tersebut.

Selain kapal selam, jet pejuang TUDM turut dipamerkan. Idea yang bagus memanfaatkan kenderaan atau peralatan terpakai untuk tatapan umum.

 Dulu tidak jauh dari sini terdapat hotel bas dan gerai menggunakan bas terpakai. Khabarnya hotel bas sudah tidak beroperasi lagi.  Penulis mengambil inspirasi dari sini mengubah suai bas  mini untuk dijadikan kiosk gunting rambut.


Fuh beginilah keadaan didalam kapal selam. Langsung tidak terduga begini kompak didalamnya.

Tempat tidur krew bertingkat.


  Keadaan diperut kapal ibarat berada di bilik jentera. Segalanya sempit dan berselirat.
Entah bagaimana agaknya kehidupan harian krew sepanjang berada di ruangan sempit  jauh di dalam lautan.






Idea begini yang perlu diperluaskan diseluruh negara, banyak kenderaan maupun peralatan terpakai yang boleh dipertontonkan kepada orang awam. Bukan senang mendapat peluang sedemikian. 

Penulis menginginkan agar ada pihak memanfaatkan feri feri, kapal kargo atau kapal cruise terpakai diubahsuai menjadi  restoran terapung mega. 

PBT boleh memainkan peranan itu dan menyewakan kepada beberapa pengusaha restoran.
Sudah sampai masa restoran-restoran terapung diberi nafas baru. 

Restoran terapong menggunakan pelampong tong racun beratapkan zink sudah tidak sesuai di letakkan ditempat strategik tumpuan pelancong.

Premis unik akan sentiasa mendapat sambutan lebih- lebih lagi di zaman viral sekarang.




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK