Sana sini orang bercerita pasal kenaikan harga barang. Di pasaran terdapat kekurangan stok ayam, telor, minyak masak dll, pelbagai alasan dikemukakan untuk menaikkan harga. Minyak masak ni pelik, kita pengeluar sawit terbesar dunia, tapi sering saja berlaku kekurangan bekalan minyak masak.
Tekanan hidup disebabkan kos hidup tinggi sangat dirasai oleh warga kota. Walaupun kemiskinan sering dikaitkan dengan warga luarbandar, kemiskinan kota jauh memeritkan.
Kemiskinan kota, mudah difahami, sukar untuk mencapai kebergantungan kendiri dengan sumber terhad, tapi peluang menjana ekonomi lain masih terbuka luas.
Kemiskinan tegar luarbandar agak sukar untuk dihadam. Melainkan uzur, selain itu mudah untuk memenuhi kelangsungan hidup di luarbandar.
Penulis berpeluang meronda di rancangan-rancangan felda. Kagum dengan perancangan pemimpin terdahulu, menempatkan rakyat dengan persekitaran yang luas dan subur. Tidak selayaknya warga rancangan felda berlebihan merungut dengan kenaikan harga barang diluar sana. Begitu juga dengan penduduk kampung tradisional yang lain.
Banyak sumber persekitaran yang boleh dimanfaatkan diluarbandar. Jika tiada tanah sendiri, tanah rizab dimana- mana. Mahu atau tidak.
Pelik jika tinggal diluar bandar tapi merungut harga ikan, ayam atau telur mahal. Lainlah jika menggunakan kuantiti yang banyak seperti untuk kenduri kendara dsb. Begitu juga dengan sayuran, ubi-ubian bahkan buahan. Semua ini boleh diusahakan sendiri dengan penjagaan yang sangat minima. Duit yang terselamat dari dibelanjakan untuk keperluan yang boleh diusahakan sendiri, boleh digunakan untuk keperluan lain yang tak mampu diusahakan sendiri.
Duduk di kampung tapi serai, kangkung, pucuk ubi pun membeli susah lah .
Ketika ini penternak komersil merungut harga makanan ternakan melambung, alasan meminta harga siling ternakan dinaikkan.
Sebagai penternak kegunaan sendiri banyak alternatif yang boleh diguna untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan makanan komersil.
Boleh saja menggunakan makanan komersil yang diadun bersama umbut pisang, sayuran berdaun, ketum ayam dll dengan itu penggunaan makanan komersil boleh diminimakan.
Walaupun tinggal dikawasan taman, penulis dah tak membeli telur ayam untuk kegunaan harian.
Kaedah memberi makan ternakan pasca PKP turut berubah. Dulu 24 jam terkurung boleh memberi makanan secara manual, pasca pkp kaedah automatik lebih sesuai.
Kaedah automatik yang murah menggunakan batang paip, makanan akan tersaji secara graviti. Berapa besar atau banyak batang paip perlu disediakan bergantung kepada jumlah ternakan.
Tidak bimbanglah ternakan kebulur bila lama ditinggalkan.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
No comments:
Post a Comment