Hari pertama tiba di Medinah jam 8 malam, ketika sampai jemaah masjid sudah bersiap untuk solat isya..Walaupun berkeinginan untuk turut serta, tapi permit solat waktu belum dimohon lagi, jadi bersabar dulu.
Hari kedua pula lebih kepada hari bebas memandangkan jemaah telah melalui tempoh musafir yang panjang. Hari ke 2 sudah boleh bersolat di masjid.
Hari ke 3 membuat ziarah dipersekitaran Masjid Nabawi.
Jemaah dibawa ke Dataran Saqifah Bani Saidah, dimana khalifah Abu Bakar dilantik menggantikan rasulullah setelah kewafatan baginda.
Seterusnya dibawa ke ke masjid dimana nabi membuat solat istisqa atau solat hajat meminta hujan juga ke lapangan solat sunat hariraya di zaman nabi.
Tidak jauh dari situ terdapat masjid Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali...Bangunan masjid dibina lebih untuk memperingati kedua-dua tokoh ini, tiada solat waktu dibuat disini .
Lokasi masjid nabi membuat solat istisqa dan solat hariraya. Bangunan adalah masjid yang dibina semula.
Masjid Saidina Ali berwarna putih.Musim covid sepatutnya boleh berziarah makam rasulullah dan Kuburan Bakiq, namun kini memerlukan permit. Ziarah boleh dibuat sekiranya terdapat slot kekosongan sebagai sebahagian protokal mengawal merebaknya wabak covid 19.
Bangunan berkubah hijau dimana jasad nabi disemadikan bersama sahabat Abu Bakar dan Omar.
Ini contoh jadual slot untuk para jemaah mendaftar masuk.
Esok kami akan berziarah luar ke Masjid Quba' dan Medan Uhud..Masjid Quba' adalah masjid pertama dibina oleh nabi ketika berhijrah dari Mekah ke Medinah.
Sebelah malam pula jemaah dibawa menikmati nasi arab kambing dan ayam mandy di dalam kebun kurma.
No comments:
Post a Comment