Penangan covid19 dan PKP bukan main-main. Kedai gunting bas mini Setapak terus tutup sehingga kini. Gara- gara ramai merayu bergunting di malam raya , arahan tutup dilanggar pekerja, premis terus disita DBKL. Satu bas masih tersadai disana manakala satu lagi berjaya meneruskan operasi di tempat lain.
Kedai Parit Raja lain pula ceritanya, pekerja sediada tidak mahu disuntik vaksin, takut dengan kesan sampingan katanya. Menunggu pekerja baru masuk mengambil masa yang sangat lama akibat pintu sempadan negara belum dibuka menyebabkan kedai berterusan tidak beroperasi.
Apabila ada anak muda tempatan menelifon pada Februari 2022 untuk berkerja disitu, hati sangat teruja, memang dari dulu ingin mendahulukan anak tempatan. Tak fikir panjang bersetuju dengan memberikan insentif 2 bulan koleksi kedai tidak perlu dikongsi dengan pemilik,cuma perlu membayar bil bil utilities.
Masuk bulan kedua onar mula terserlah, koleksi kedai sukar diperolehi dengan pelbagai alasan, bil-bil dibiarkan tertunggak. Bulan Jun mendapat khabar mengejutkan, kedai telah dijual kepada orang lain. Argh mana mungkin. Selama kedai dibuka sejak 2015, kedai memang dipantau dari jarak jauh dan tiada masalah..
Tapi itulah yang terjadi, rupanya ada juga pembeli yang percaya, sebahagian wang telah bertukar tangan baru mereka perasan ditipu. Segala peralatan kedai licin termasuk AC telah dijual ke orang berbeza. Penipuan ini telah menjadi kes polis.
Simpati dengan 'pembeli' kedai itu, kedai disewakan kepadanya. Walaupun kadar sewa murah tapi hanya mampu bertahan selama 2 bulan. Bulan Ogos kedai dipulangkan semula.
Kini operasi kedai dibuat seperti dulu. Pekerja lama 2 orang dapat masuk Malaysia. Kedai diberi nafas baru. Penampilan warna baru. Lantaipun nampaknya perlu dibuat mozek baru, serabut dengan cat lantai terdahulu.
Kedai dideretan kedai lama adalah pusaka dari orangtua, kedudukannya sangat strategik, namun khabarnya akan diambilalih kerajaan untuk perlebaran jalan, sementara itu kita memanfaatkan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment