Penulis memang sangat peka dengan kesihatan, sebab berpandangan aset paling penting ketika berusia adalah sihat, sebab itu menjadikan riadah sebagai rutin wajib..Kini ingin menitikberatkan pemakanan pula. Duit walaupun penting sudah tidak jadi keutamaan sangat, cari duit sekadar untuk kelangsungan hidup. Duit banyak mana sekalipun jika tidak sihat sekejap saja habis digunakan untuk berubat.
Sebelum ini apabila membuat pemeriksaan kesihatan hanya menumpukan kepada bacaan gula dan tekanan darah..bacaan urik asid macam tak begitu diambil berat kerana jahil, padahal urik asid tinggi turut akan memberi komplikasi kesihatan serupa sebagaimana jika gula maupun tekanan darah tinggi.
Setelah mengalami sendiri serangan gout barulah timbul kesedaran peri pentingnya mengawal kadar UA dalam darah, saban hari menelaah pasal gout.
Kiri alat untuk ujian urid asid dan kanan untuk gula.
Untuk mengetahui kandungan UA juga gula/glukus dalam darah, alat ujian ini perlu ada di setiap rumah..tak mahal, tak sampai seratus atau yang lebih berkualiti harga dalam RM150. Ada juga alat yang boleh membaca kedua-dua ujian UA dan GULA. Memandangkan alat ujian gula telah lama penulis miliki, belian terbaru khusus untuk ujian UA saja harga dlm RM60+
Kerana jahil pasal UA, empat tahun dulu bacaan UA penulis sudah berada diparas tinggi 440, tiada apa berlaku, makan tidak begitu berjaga sehinggalah diserang pada 27/2/2024 . Ketika itu bacaan UA tidak diketahui kerana masih lagi ketiadaan alat ujian..barang kali telah melewati zon merah.
Sampel darah telah diambil dan keputusan ujian akan diketahui semasa temujanji dengan doktor pada 25/4/2024
Ujian terkini sendiri dengan alat dibeli menunjukkan bacaan UA di paras 500, mungkin ada penurunan setelah berpantang gula dan makanan proses disamping mengambil suplimen tambahan minyak zaitun, kelapa dara habatus sauda dll cuma bacaan ini dikatakan tidak begitu tepat, namun memadai untuk pemantauan.
Cerek elektrik untuk merebus herba turut dibeli selain stok tambahan minyak zaitun dara.
Sementara penyakit belum begitu kronik, usaha pemulihan dan pencegahan mesti dilakukan dengan penuh displin...
No comments:
Post a Comment