click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, August 14, 2025

Bukit Larut Taiping...

Ini kali ke 3 bertandang untuk  ke Puncak Bukit Larut, cubaan 2 kali terdahulu tak berjaya kerana aktiviti dipuncak masih tidak dibuka untuk orang awam kerana terdapat kerja-kerja baikpulih jalan/cerun ke puncak.

Pemergian kaliini juga nyaris gagal, bila terpandang notis,  perkhidmatan 4x4 ke puncak masih belum beroperasi. Rupanya khidmat ulang alik balik hari yang belum dibuka namun tidak untuk mereka yang menginap di puncak. 

Dah alang alang sampai maka kami memilih untuk menginap di puncak. Lupakan dulu aktiviti berkebun. Memilih bilik dengan 2 katil single Rm150 dan tambang rm80 untuk 2 orang pergi dan balik.

Berbanding hujung minggu yang penuh, hariini Rabu dikhabarkan hanya 4 orang tetamu menginap di puncak, kami menginap di Banglo Tempinis manakala 2 orang lagi di Banglo Angkasa.

Puncak yang masih baru dibuka semula sejak 1 April 2025 masih belum beroperasi sepenuhnya...Terdapat juga campsite

Sepanjang laluan ke puncak bermula pada ketinggian 600m terdapat beberapa banglo. Kini hanya 3 banglo yang telah dibaikpulih untuk penginapan orang awam, samada menginap bilik  atau  keseluruhan banglo pada harga berikut

Angkasa  RM1000
Tempinis RM800
Beringin RM500


Kiosk informasi beserta surau  di pintu masuk kaki bukit...


Tandas awam untuk kemudahan pengunjung.. Ramai hiker yang beriadah di Bukit Larut seawal jam 3 pagi.



Perkhidmatan ulang alik hanya menggunakan 4wd dek kerana laluan berliku memacak, walaupun jarak menegak tidak lebih 1.5km, jarak mendaki lebih 15 km untuk ke lokasi paling puncak. Mulanya terasa mahal tambang rm40 seorang, terbit rasa bersalah berperasaan sebegitu bila merasai sendiri pengalaman pendakian yang sangat mencabar..rasa begitu lama untuk tiba ke destinasi..


Banglo Tempinis berada pada ketinggian 1160m dari aras laut, 1km lagi di atas  terdapat banglo tinggal kerabat diraja Perak dan terpaling puncak pula menempatkan menara pemancar TM..

Banglo Beringin dan Angkasa berada pada ketinggian 1030m .









Pemandangan di tanah tinggi persekitaran Tempinis memang sangat cantik . Pemandangan bandar Taiping boleh dilihat dengan jelas. Cuaca begitu nyaman sekali.






Beginilah rupa dalaman banglo Tempinis, mempunyai 4 bilik beserta ruang terbuka yang boleh menempatkan 20-30 orang. Sangat sesuai unyuk perjumpaan keluarga besar atau rakan-rakan..

Dikhabarkan  binaan ini  terbina sejak zaman British lagi dan kini dijadikan tapak warisan negara, dulunya merupakan kuaters pekerja. Penguasa British tinggal di puncak yang kini menempatkan menara pemancar TM

Banglo Angkasa merupakan penempatan sultan ketika itu.



Kesegaran udara beserta keindahan flora jelas terasa..


Cafe masih tiada di puncak, untuk makan-makan boleh memasak sendiri atau  membuat tempahan dari bawah

 

Wednesday, August 13, 2025

Kolam Air Panas dan Air Terjun Lubuk Timah Spg Pulai, Perak

Menuruni CH menuju Bagan Serai melalui Simpang Pulai, terpandang papan tanda kecil Kawasan Rekreasi Air Panas Lubuk Timah tidak jauh dari plaza tol Simpang Pulai..Sedang elok menyinggah untuk melepaskan lelah memandu, mata pun sudah berat perlukan rehat.

Uniknya di sini bukan saja terdapat kolam air panas, terdapat juga air terjun berjarak 300m antara keduanya. Kolam air panas bersebelahan dengan sungai. 


Diceritakan air terjun terbentuk kerana pembinaan empangan merentasi sungai   untuk aktiviti perlombongan bijih timah..Kini empangan dipenuhi pasir, air yang mengalir persis air terjun Niagara fall di Kanada/USA... 



Biarpun persekitaran cantik, sayangnya di Hulu sungai  terdapat banyak aktiviti pertanian yang menyebabkan air sungai tidak lagi jernih...

Jika tidak mau mandi air terjun boleh saja mandi air panas...




Kolam-kolam mini dibina disekeliling perigi matair utama. Air kolam keliling  hanya suam-suam kuku, biarpun tengahari, kepanasan tidak begitu terasa..untuk air lebih panas boleh menadah air dari perigi utama.
.




Kita yang sering mandi air panas, tidak dapat tidak akan membandingkan dengan kolam air panas Kuala Kubu Bharu.


Persekitaran dan kemudahan, Lubuk Timah jauh mengatasi Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu..Lubuk Timah telah dikomersilkan dan termasuk dalam senarai tempat-tempat menarik  Perak sempena tahun melawat Perak 2024. Kemudahan di sini serba serbi lengkap, terdapat surau, chalet-chalet selain  wakaf-wakaf. Tandas, bilik mandi juga banyak. 

Kebersihan persekitaran sangat terjaga, berbaloi biarpun masuk adalah berbayar kerana boleh memilih samada mandi air panas atau air terjun atau keduanya. Dewasa sorang rm5, wargaemas dan kanak kanak rm3. Wakaf-wakaf turut boleh disewa pada harga Rm10-Rm50

Namun dari segi panasnya air dan luasnya kolam untuk keselesaan berkubang, Kolam Lubuk Timah tidak dapat menandingi kolam air panas KKB...

Kita pilih Air Panas KKB..

Jom jom Cameron Highland..

Bila sudah biasa beraktiviti, bermalas- malasan dirumah itu bukan pilihan.., punggung rasa berduri bila sekadar bergolek. Selasa pagi, ingin beriadah dan cari tempat makan-makan sesudah itu, cuma destinasi belum pasti..

Meminta orang rumah berkemas kemas sedikit pakaian untuk kegunaan 2H1M. Beriadah di destinasi yang sedikit jauh..Sudah memaklumkan awal jika ingin turut serta jom, jika keberatan, kita dah bersiapsedia dengan peralatan camping, boleh berhenti di mana- mana destinasi untuk bermalam..

Keinginan berjogging hilang dari radar sesudah memasuki hiway. Apakata terus saja ke utara melawat anak cucu..

 Sekiranya terus ke Bagan Serai, setibanya di sana nanti rumah pun kosong, masing -masing sibuk berkerja, jadi kita melencong lah dulu. Keluar di Tapah dan terus ke Cameron Highland...Hari minggu ataupun cuti umum CH sesak,  hari berkerja diharap suasana lebih tenang..





Berjoging dibatalkan, makan-makan tetap diteruskan...

Tiba dipuncak lewat,  rupanya jalanraya tetap banyak kenderaan, diburukkan lagi terdapat kerja pelebaran jalan di Brinchang.


Di puncak tak lama, lagipun tiada cadangan bermalam, masa terbuang melayan kesesakan di Tanah Rata dan Brinchang... 



Menuju tengahari pengunjung mula berpusu pusu memenuhi gerai jualan. Kawasan tumpuan ramai orang. Hairan juga..mungkinkah terdapat negeri yang bercuti harini. Kesesakan yang agak luarbiasa pada hari berkerja...


Sebelum turun sempat membeli buahtangan untuk anakcucu...dapat juga meninjau destinasi baru di puncak. 

Dapat juga meninjau satu campingsite di puncak, namun terlepas satu lagi campingsite yang mendapat rating agak tinggi pengunjung dalam perjalanan turun ker Simpang Pulai.. 

Secara peribadi biarpun menarik dengan cuaca yang nyaman, CH belum lagi mencapai standard pelancongan antarabangsa...penampilan masih tipikal dengan negara sedang membangun..

Saturday, August 9, 2025

Kenderaan Kebun...


Kenderaan kebun bukan syarat wajib, tapi sangat bermanfaat jika ada. Dengan adanya kenderaan kebun, pelbagai alatan kebun tak perlu selalu dipungggah keluar masuk. Lagipun kita bukannya sentiasa rajin mengemas kenderaan..

Biarpun kenderaan kebun, penampilan biarlah kemas lagi bersih..jadi kenderaan tetap boleh dijadikan kenderaan basahan. Setakat berpergian ke destinasi berhampiran capai kunci terus jalan..



Tiada pikap tak mengapa, cargo tetap luas apabila seat belakang ditanggalkan dan kita tidak risau basah dek hujan. Untuk kekal kemas pasang penghadang supaya alatan tidak tonggang terbalik ketika digunakan mendaki/ menuruni  bukit. Penghadang boleh ditanggalkan jika memerlukan ruangan lebih luas atau membawa barangan  panjang...untuk mengelakan bau masam bukalah kesemua pintu untuk pengudaraan kabin..



Kini Kembara kebun sudah berteman. Setibanya dikebun, atv mengambil alih tugas.




Atv yang hensem...gagah menakluk pelbagai permukaan kebun..Tidak lah penat untuk meninjau segenap sudut kebun.


Bila penat berkebun menu simpel pun jadi teramat lazat. Sesudah itu bergolek dipangkin..biarpun lantai keras, bila disapa angin lalu..fuh mata pun bertambah kuyu..


Koleksi nota dan beg berkursus, digantung untuk rujukan..


 
Pondok utama hampir siap sepenuhnya.. sedang menyiapkan lagi para para untuk ruangan tambahan menyimpan peralatan kecil kebun..



Selain penggera solar, Orang- orang dipasang untuk menghalang haiwan liar menghampiri kebun. 

Belum pun tandas,  tadahan air dan platform terbuka siap, argh sudah terlintas keperluan membina rumah Atv..

Tugasan berkebun memang tak pernah habis...

 

Thursday, August 7, 2025

Kursus Pertanian 2

Mula-mula menghadiri kursus adalah untuk mencukupkan syarat memohon bantuan Jabatan Pertanian membina telaga bawah tanah di kebun.. Kos membina telaga dianggarkan dalam 15ribu.

Dikebun sepenuhnya mengharapkan tadahan air hujan. Tanpa air sempurna pokok mengharapkan 100 peratus air hujan. Walaupun tidak hujan seminggu, tananam  sensitif air seperti durian akan ada yang mati diawal penanaman. 

 


Banyak jenis kursus yang ditawarkan Jabatan Pertanian di semua negeri maupun daerah, kita pilih mana yang berkaitan.

Modul teras kursus pertama yang dihadiri berkenaan  tanaman melalui kaedah Fertigasi meja.

Kursus kedua berkenaan pembuatan baja kompos dan penyediaan cairan sebatian organik  membiak mikroorganisma untuk merawat tanah. 

Pembajaan adalah pembaziran sekiranya tanah tidak dirawat. Penggunaan baja kimia berterusan akan memberi kesan tidak baik pada tanah dan tanaman. Tanah yang sihat akan membantu penyerapan nutrient tanaman.


Modul sampingan sama iaitu penyediaan..


1. Racun organik pengawalan serangga, hama dan kulat.


2. Sabun  pelekat untuk membantu menyerap racun yang disembur pada tanaman dengan kebih berkesan.


Penyediaan baja dan racun organik adalah murah dan berkesan.

Sekiranya bergantung sepenuhnya dengan  racun kimia, kos menjadi tersangat tinggi sehingga ke satu tahap perasit, serangga dll menjadi kebal. Penggunaan pelbagai racun kimia yang tidak terkawal akan membunuh semua organisma baik untuk kesuburan tanaman..


 








 




Kursus adalah  percuma selain disediakan tempat tinggal, makan minum sepanjang kursus.

Setelah menghadiri kursus ternyata banyak manfaat diperolehi seperti ilmu terkini pertanian selain mewujudkan rangkaian kenalan rakan kebun..

Apa lagi..jomlah menambah ilmu..terbuka kepada semua..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK