Teruja mencuba set up camperIriz, maka bergerak sehari awal 18hb berbanding rakan rakan 19hb. Lokasi camping bersama rakan adalah di Pantai Mawar Mersing, Johor. Harini secara solo bercamping di Rompin, Pahang
Walapun banyak pilihan, memilih laluan LPT-Gambang-Muadzam Shah-Rompin.
Mencari lokasi camping Rompin di Utube. Ada beberapa pilihan sebelum memilih Chedoq Resort & Campsite. Kriteria utama adalah kemudahan tandas dan bekalan api di petak.. Campsite di tepian pantai.
Tempat beradu...biar pun kompak diluar, kabin Iriz cukup luas untuk berbaring sambil menjulurkan kaki lurus, salah satu ciri perbaringan selesa yang wajib dipenuhi.
Selain itu, untuk keselesaan, pengudaraan kabin mesti dititikberatkan.
Kipas menyedut udara segar masuk
Kipas membuang keluar udara panas kabin.
Sekiranya tiada bekalan api Tnb, sudah standby power station menggunakan bateri kereta dan power station solar, cuma sedang difikirkan bagaimana untuk optimakan penggunaan.. Bateri ini hanya mampu bertahan 3-4 jam untuk menggerakkan 2 exhaust fan keseluruhan 60W
Alatan menggunakan USB tiada masalah, bateri mampu bertahan beberapa hari..
Seawal 8 pagi telah bergerak ke destinasi Rompin.
Semasa berhenti makan di simpang Muazam /Rompin/ Pekan bertembung dengan Mat skuter Trengganu.. Sepanjang hiway tadi turut terserempak gerombolan Mat motor lain juga. Berkonvoi begini dapat menjana ekonomi peniaga -peniaga kedai makan, pengusaha hotel maupun resort.
Sesudah jumaat tiba di destinasi Chedoq Campsite...
Impresi pertama, resort persendirian agak berusia sudah tiba masa diberi nafas baru ..namun kemudahan campsite serba serbi lengkap... tandas, surau, cafe..tempat beraktiviti..pantai berpasir yang landai..Selain campsite turut terdapat chalet-chalet
Khemah sisi terpaksa dibuka semula, kurang sesuai dipasang ditepian pantai..angin sangat kuat..
Sebelum tiba, bimbang juga hanya kita bersorangan , dah sampai ok tak sunyi..chalet-chalet sebahagiannya berpenghuni.. Berdepan dengan kita menginap, mereka mendirikan khemah dilaman chalet...
Tak sangka jiran sebelah menghulurkan juadah makan malam..
Suasana malam hari di campsite
Caj campingsite satu malam Rm42.
Jom jom kita meriahkan sektor pelancongan temptan...
best nya menikmati keindahan alam...lama dah tak caping semenjak sekolah dulu
ReplyDelete