Memanfaatkan lagi pas bulanan, kita merayap lagi. Pagi Sabtu ke pusat beli belah di Oberhausen. Menaiki tren terasa sangat jauh kerana perlu bertukar tren beberapa kali, seolah solat fardu sudah boleh dijamak padahal jarak tidak pun melebihi 40km.
Di Jerman hari Jumaat malam Sabtu meriah, hampir semua pub dipenuhi ramai orang, begitu juga Sabtu kawasan tumpuan juga ramai orang..Nanti hari Ahad sepi. Pusat bandar sepi, pusat belibelah tutup, supermarket pun tutup yang buka hanya restaurant, itupun tidak semua.
Kita pun pergi sekadar cuci mata melihat tempat orang. Ikutkan semangat malas dah nak meronda sebab apa yang disajikan hampir sama.
Sambil meronda, seperti biasa makan makan... pergi bersama anak yang sudah lebih 8 tahun di Jerman lebih mudah mencari premis halal.
Sesudah itu beralih destinasi ke arah selatan pula iaitu Wuppertal.
Keunikan Wuppertal adalah tren gantung, yang jajaran trek dibina di sepanjang sungai. Trek tren dibina sejak 120 tahun dahulu...Tren gantung merupakan sebahagian mode pengangkutan awam di bandar ini..
Singgah solat zuhor dulu. Biasanya singgahan di masjid Turki, tapi di sini barangkali komuniti Arab lebih ramai, daripada beberapa senaraian internet hanya masjid ini yang dibuka 24 jam..Jika tidak ditulis Open 24 hour, kebarangkalian masjid ditutup adalah cerah, masjid hanya dibuka ketika hampir masuk waktu solat, sedangkan singgahan kita tidak menentu.
Perbezaan ketara Masjid Arab dan Turki boleh dilihat ditandas..Tandas masjid Arab menggunakan bidet manakala masjid Turki menggunakan built in paip terus ke mangkuk tandas.
























No comments:
Post a Comment