click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 1, 2026

Nasib si Kebun dan Laman...

Sepanjang berada di luar negara hati  gusar kerana dikhabarkan cuaca di tanahair panas.. Terbayang bagaimana pokok- pokok meningkat remaja  di kebun bukit kelayuan. 
Kebun bergantung sepenuhnya dengan pengairan semula jadi air hujan. Pokok- pokok manja seperti pokok durian jika berterusan panas akan  mati...Mana-mana yang boleh terus hidup bermakna lebih lasak untuk berdikari tapi tumbesaran pun terbantut.

Di minggu  terakhir balik, dikhabarkan hujan mulai turun lebih kerap bahkan sesetengah kawasan dilanda banjir.

Belum berkesempatan lagi melawat kebun bukit untuk mengetahui perkembang terkini.. Masa terarah membereskan dulu keliling rumah yang dah tak rupa halaman rumah..

Kita suka bertanam kerana sukakan kehijuan...Lecehnya bila lama  ditinggalkan  mudah benar berserabut lebih lagi ketika musim panas  berpanjangan diikuti pula dengan hujan . Daun-daun  maupun pelepah kelapa atau palma berguguran, rumput atau pun lalang semakin meninggi... rimbunan pokok kantan dan lengkuas makin menunduk  kekeringan. 
Pendek kata semak.


Bila lama ditinggalkan kawasan berumput ini semakin  menjadi-jadi dijadikan jamban kucing gelandangan. Bau yang sangat menyesakkan hidung. Ketika disembur cairan anti kucing berak, terhindar seketika, lama tak disembur kucing pun mulai bertandang  semula.


Selalunya pokok yang tumbuh sendiri lebih lasak..biarpun panas berpanjangan. Elok saja pokok betik ini tumbuh di celah-celah pokok yang ditanam..nak dipindahkan takut mati, dibiarkan, menyakitkan mata. 

Sepokok betik yang dipindahkan  sebelum ditinggalkan kelihatan sangat subur, kini bernyawa nyawa ikan..Harapnya hujan berterusan dapat memanjangkan hayat pokok betik yang ditanam.


Pokok cili mengering dengan buah menua kerana lama terbiar..Buah telah dituai, ranting dicantas dan telah dibajai dengan air basuhan ikan. Biarpun sepokok sentiasa memberikan cili berterusan.


Pokok ini juga menunjukkan perubahan ketara... Ditanam dari anak kini mula mendongak ke langit. Tak pasti samada pemaju lupa atau sengaja membiarkan lorong kami tanpa berpokok.. Kita bersusah payah memecahkan lantai konkrit  menanam pokok teduhan untuk melindungi porch dari pancaran matahari petang. Sedang elok ketika balik mendapati jiran turut membina porch tambahan, dapat lah juga menumpang teduh  ketika matahari memancar terik dilangit..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK