Kita suka suasana hijau... hampir segenap ruang keliling rumah ditanam dengan pokok...Jika pembersihan dilakukan kerap, semak samun adalah terkawal, namun apabila pokok mula merimbun, pantang ditinggalkan persekitaran akan kelihatan serabut sekali..Pokok-pokok liar yang tumbuh bersesekali dengan yang ditanam akan tambah menyemakkan pemandangan.
Sesudah meraikan saudara jauh, kita menyambung operasi pembersihan laman, setelah hampir 2 bulan terbiar sejak ditinggalkan ke Jerman...Balik dari sana tak boleh bertangguh terus mengenakan semula pakaian kebun..
Rimbunan pokok kantan sudah menjadi belukar mini...Jiran memaklumkan kedapatan biawak besar berkeliaran di sini.. Walaupun tinggal di taman perumahan, suasana mengalahkan tinggal di pendalaman..
Bunga dan pokok tua kering mendominasi rimbunan. Bunga yang masih belum kembang dituai. .Nak dimakan sendiri dah tak termakan, kita potong dan letak di masjid..selalunya akan ada yang berminat..
Tanpa kegigihan tak mungkin dapat membersihkan sudut yang semak ini..Kita usahakan santai..apabila penat berehat..
Di satu sudut yang lain..
Pokok yang ditanam tak banyak, selebihnya tumbuh sendiri..Anak-anak pokok kelapa tumbuh hasil buah kering yang gugur..begitu juga dengan pokok palma... mudah benar membiak..
Setelah dibersihkan beginilah hasilnya..Pokok kelapa dicabut dan dibuang..jika dipindahkan sekalipun pokok akan mati..Pokok yang sudah tumbuh tunas dan belum berakar dicampak di kebun tumpang ..Kalau tak hidup pun tak mengapa..Selalunya jika belum berakar pokok akan hidup..
Sejak tidak duduk sepenuh masa, wakaf ini seakan terbiar..dulu sering dijadikan tempat berkumpul bersama rakan setaman..sejak berpindah ke rumah berhampiran kebun bukit, wakaf kehilangan seri..
Ketika bergilir menginap di rumah ini nanti, akan diambil kesempatan melepak bersama rakan di wakaf berbanding di restoran mamak...hanya dengan cara ini wakaf dan persekitaran akan sentiasa dibersihkan, barulah wakaf akan kembali berseri..
















No comments:
Post a Comment