Adat kereta lama mula lah demam sana sini. Kereta pun telah berusia 11tahun, sepanjang penggunaan hanya 3 penyakit yang mengacau fikiran.
1. Bearing tayar
Setakat ini 2 kali bearing ditukar..isunya tak kritikal hanya bunyi berdengung menganggu konsentrasi pemanduan..Tukaran kedua pomen memaklumkan pemasangan bearing terdahulu tak betul disalah satu tayar. Dah tukar selesai masalah.
2. Push start button..sekali ditukar baru
3. Autolock gear.
Yang ini membuat jiwa kacau. Gear autolock tidak mau terbuka. Ketika enjin dihidupkan, gear lever kekal di P tak boleh diubah ke mode D. Walaupun telah dihantar beberapa kali ke bengkel kes ini tetap berulang. Setiap kali jem terpaksa menggunakan khidmat trak tunda untuk dihantar ke bengkel.
Terbaru kejadian ke 3 isunya kecil saja, getah bush bearing gear lever pecah, ikutkan kos bush itu hanya rm5 tapi upah membuka pihak bengkel mengenakan bayaran RM115.
Pemanduan Iriz memang mantap, cuma hati berdebar bila sudah beberapakali mengalami isu yang sama..Walaupun sekadar kereta basahan, hati tak tenang untuk memandu jauh sedikit dikhuatiri gear buat hal lagi..
Kejadian kali ke 2 sudah berhasrat berpisah namun kedai kereta terpakai menilaikan kereta tersangat rendah, daripada menjual pada harga murah lebih baik simpan, cuma kena sediakan bajet jika berlaku sebarang kerosakan, kereta pun sudah lama langsai hutang.
Kejadian kali ke 3 menoktahkan kesabaran, terkena lagi dihadapan kedai tomyam..Kita pun gatal membuka mulut untuk menjual dengan harga sekian, lebih tinggi dari harga kedai kereta terpakai namun lebih rendah dari harga pasaran. Rupanya tawaran bersambut tauke tomyam yang kebetulan sedang mencari kenderaan untuk menghantar mengambil anak ke sekolah..Setelah tawar menawar kereta berpindah milik dengan 3 kali bayaran.
Sebagai ganti Ber Ativa kita...












No comments:
Post a Comment