click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 8, 2017

Europe17-D9 Florence &Pisa


Dari Venice terus ke Florence dan Pisa.
Lawatan ke Itali hanya di daerah sebelah utara...Milan hanya lalu. Walaupun Florence ke Rome hanya mengambil masa 1 jam, tidak termasuk dalam iterinari pakej.

Daerah- daerah utara Itali lebih maju berbanding  selatan maupun tengah. Sebut saja jenama fesyen terkenal dunia kebanyakannya berada di sini..Begitu juga dengan  industri pemotoran. Ferari Lamboghini Bugati Ducati Fiat dll...Sebagaimana di UK sebahagian besar industri pemotoran kini sudah menjadi milik asing. Selain Greece juga Spain..Itali sedang bergelut dengan masalah ekonomi kini.




Untuk menjana kewangan kepada kerajaan..Setiap kenderaan persendirian yang memasuki bandar pelancongan dikenakan cukai yang tinggi. Sewaktu di Venice permit bas untuk parking adalah €300/mlm.. Di Florence pula €600 sekali masuk...! Walaupun hanya untuk mengambil atau menurunkan penumpang.



Mode pengangkutan utama Itali adalah skuter..Itali merupakan pengeluar skuter Vespa Piagio 




Di bandar Florence hanya pejalan kaki diutamakan. Sebagai bandar tua jalan-jalan disini adalah sempit. Ini juga antara sebab kenapa kenderaan persendirian dikenakan caj permit yang tinggi.




Florence terkenal dengan barangan kulit. Berbanding daerah lain disini boleh membeli barangan kulit dengan harga lebih murah.




Dimana ada gula disitulah ada semut...Ramai warga Bangladesh di Florence


Bandar Florence termasuk dalam senarai tapak warisan dunia Unesco.



Mengikut kacamata penulis hanya senibina bangunan gereja ini yang menarik perhatian..Selain dari itu tak pasti bagaimana bandar ini layak mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia.

Sesudah Florence terus ke daerah Pisa. Tidak jauh hanya sejam perjalanan.

Menginap di tapak perkhemahan berdekatan menara condong Pisa. Hanya 700 m untuk ke sana.









Rupanya dimana mana ada bangla...Di tapak warisan dunia Pisa premis perniagaan dikuasai oleh warga Bangladesh.



Sejujurnya penulis kagum dengan keajaiban menara ini. Bebanding di foto ternyata lebih gayat melihat secara dekat. Betul-betul condong. Tidak pula kelihatan kesan retak pada bangunan.






Pemandangan ketika matahari hampir terbenam sangat cantik sekali. Lihatlah bagaimana pelbagai aksi pengunjung mengabadikan foto kenangan.





Florence dan Pisa mengakhiri lawatan di Itali..Esok hari ke 10 kami akan ke Swiss pula.

Thursday, May 4, 2017

Europe17-D7 &D8 Venice..Italy

Hari ke 7 meninggalkan Insbruck Austria untuk ke Itali pula...

Sesudah makan tengahari terus bergerak ke tapak perkhemahan tidak jauh dari Venice...



 Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam...Pemandangan kiri kanan hiway disajikan dengan penempatan lereng-lereng gunung. Memasuki Itali keadaan lebih mendatar..


Campsite Fusina sangat popular untuk mereka yang ingin ke Venice kerana kos penginapan di pulau adalah mahal.


 Perkhemahan kali ini di tepian selat yang memisahkan tanah besar dan pulau buatan Venice...


 Yang lecehnya ditapak ini tiada wifi percuma. Perlu beli €5 sehari..sama dengan di Tirol semalam..





 Namun berbanding perkhemahan terdahulu, penggunaan air panas di kamar mandi adalah percuma.. Di tempat lain sebelum ini dikenakan bayaran €1 untuk 4-5minit

Tidak lengkap lawatan ke Itali tanpa ke Venice. 




 Dari tapak perkhemahan ke Pulau Venice menaiki teksi air mengambil masa 30 minit .Tambang individu adalah €13 dua hala. Jika berkumpulan diberi harga istimewa €9 saja.



Vanice merupakan pulau buatan dihuni lebihkurang 55 ribu penduduk...Sumber utama pendapatan adalah pelancongan..Dalam setahun lebihkurang 7juta pelancung berkunjung ke situ.

Setiap lorong dan dataran dipenuhi dengan kedai kedai .








Keseluruhan pulau ini diibaratkan sebagai pusat beli belah terbuka. Hanya lorong dan dataran pejalan kaki disediakan. Tiada kenderaan dibenarkan. Terusan terusan kecil dibina menggantikan jalanraya sebagai jaringan pengakutan.. Cuma lecehnya untuk mencari tandas awam...Di sini paling lega bila ternampak simbol WC..walaupun untuk memasukinya dikenakan caj  €1.50.







Secara umumnya walaupun bangunan- bangunan lama dan kelihatan berusia namun kelihatan kemas dan agak bersih..Terusan-terusan terutama lorong lorong sempit walaupun agak berbau namun bebas dari sampah sarap. Dikhabarkan di musim panas nanti bau busuk ini akan menjadi lebih kuat.

Bau-bau ini disebabkan sistem kumbahan yang kurang sempurna.




Jika ke Venice tidak  sempurna jika tidak menaiki gondola..makan piza atau pasta, minum  espresso , capucino dan menikmati gelato. Entahlah...
Caj menaiki gondola adalah €90/gondola...Satu gondola boleh dinaiki maksimum 6 orang.




Di Venice walaupun tidak begitu luas namun mudah tersesat sebab pemandangan yang hampir sama di segenap ceruk...Sebagai petunjuk, gunakan penunjuk arah yang dipamerkan di dinding dinding untuk memandu arah... 3 mercutanda utama dipamerkan untuk memudahkan pengunjung jika tersesat. Dataran St Marco..Ponte Delli Accademia dan Ponte de Realto..Ponte itu bermaksud jambatan.  Canal Grande atau Terusan Utama juga boleh dijadikan petunjuk..Jangan lupa membawa peta bersama.



Seharian juga di Venice sekadar bersiar siar dan membeli sedikit cenderahati...

Esok hari ke 9 kami akan meninggalkan Venice untuk ke Florence dan Pisa..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK