click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 17, 2019

JAKARTA BANDONG 2019-D3

11pagi bertolak menghadiri majlis perkahwinan di Kelab Kelapa Gading.

 Sementara itu 8pagi bekunjung ke Ancol, teruja mengetahui kenapa Ancol tersenarai destinasi liburan wajib no 1 jika  ke Jakarta.

Berseorangan, maka Ojek menjadi pilihan. Cepat dan murah.



Sutrisno dari Cerebon menemani lawatan ke Ancol.


Motor sangat banyak seperti ulat taik di Indonesia. Sebab itu hiway di sini melarang samasekali kemasukan motor kerana bakal  menghalang kelancaran trafik.
Semua pusat tumpuan  awam Indonesia dkenakan caj masuk. Kawasan pantai, air terjun, gunung, tasik dll janji kawasan tumpuan akan dikenakan caj masuk. Caj ke Ancol ini  kami dikenakan Rp30 ribu seorang dan 5ribu untuk motor.


Berlatarbelakangkan bot-bot kecil untuk ke Pulau Seribu, lagi destinasi liburan wajib Jakarta.













Pengunjung luar daerah berkelah bahkan bermalam diruangan terbuka



Dengan penduduk Indonesia yang begitu ramai industri pelancongan mereka kekal pesat tanpa mengharapkan kunjungan orang luar...Kawasan tumpuan penuh sesak dengan pengunjung luar daerah Jakarta.

Menurut pandangan penulis, Ancol ini biasa-biasa saja..

Saat ditunggu tunggu jam 11 tiba. Majlis perkahwinan rakan anak, menemukan dua budaya negara berjiran Malaysia Indonesia.



Majlis di Kelab Kelapa Gading, Jakarta. Tetamu mendaftar diri di pintu masuk...Adat menyumbang wang terus dimasukkan ke dalam tong menggantikan salam kaut dengan tuan majlis.





Sepanjang majlis berlangsung mak ayah dan kedua mempelai berada di pelaminan untuk bersalaman dengan para tetamu



Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mempelai dan mak ayah. Kami berjiran daerah di Malaysia rupanya ...







Beza ketara majlis disini adalah tiada kerusi meja disediakan untuk tetamu kecuali keluarga terdekat dan tetamu kehormat. Makan minum secara berdiri atau carilah mana mana bangku yang ada. Stesen-stesen makanan disediakan serupa seperti ditanah air..Hidangan pastinya aneka juadah etnik Indonesia. Nasi kemangin, Soto Betawi, soto bandung, Bakso garing, soto cha go meh, sate, kambing guling, mee kangkong sekadar menamakan beberapa menu...

Pastinya jempol pak..

Sesudah majlis kami terus ke Bandong...




Sunday, June 16, 2019

JAKARTA BANDUNG 2019-D2



Benar kata orang jangan mudah terpedaya dengan cinta pandang pertama...Hari ke 2 mula menyerlahkan wajah-wajah asal Jakarta..Jika sebelum ini sungai kelihatan bersih, hari ke2 disajikan dengan sungai air hitam berbau hanyir betul-betul dihadapan hotel penginapan...Yea transformasi kearah kebaikan memerlukan masa...

Terlalu sukar dan mahal untuk menaik taraf kebobrokan yang telah berabad lama menghiasi Jakarta. Mungkin sebab inilah kerajaan Indonesia memilih untuk memindahkan ibukota Indonesia ke kawasan baru khabarnya di Kalimantan...Tempat baru yang mudah dirancang untuk mengetengahkan imej baru Indonesia.

Hari ke2 Jakarta, melawat Tanah Abang pusat beli belah borong ala Kenanga Wholesale  San Peng KL atau GM Klang...


Kedudukan tidak jauh dari pusat bandar..Hari Sabtu keadaan trafik lancar.


Pusat Grosir Tanah Abang..


Sesuai dengan keluasan pusat beli belah, kawasan parkir ditandai dengan simbol-simbol binatang untuk mudah mengenal pasti





Kompleks ini terlalu besar, terdiri dari pelbagai blok dan tingkat, setiap level mengkhususkan barangan menurut klasifikasi dikiosk-kiosk bersaiz sederhana..

Sebagaimana pusat borong lain, pakaian dan aksesori keperluan wanita mendominasi hampir segenap ruang...







Satu-satunya pusat beli belah yang  penulis  kunjungi memiliki sebuah masjid sempurna...Biasanya hanya disediakan musolla sempit yang seringkali membangkitkan aroma tidak enak..Masjid berhawa dingin  berada di aras bumbung tingkat 12 ini menyediakan tempat solat selesa.

Masjid yang dirasmikan pada 2018 ini masih kekal bersih.  Perancangan yang wajar dicontohi pihak pemaju.




Penulis terpaksa menjadi penunggu setia di foodcourt tingkat 8 sementara menanti kaum ibu berbelanja...Kaum ibu memang sangat kental melawat dari satu tingkat ke tingkat melayan halwa mata walaupun apa yang dicari taklah seberapa...Melihat apa yang dibeli memang hairan dengan kaum ibu-ibu ...Jika bapak-bapak yg berbelanja rasanya boleh dapat barangan sekontena 40 kaki untuk tempoh masa lebih singkat dari itu..

Menghampiri maghrib meninggalkan Tanah Abang dan singgah di Masjid AlIstiqlal untuk mengakhiri lawatan hari ke2..


Masjid yang disiapkan di era 70an zaman Presiden Soeharto walaupun mula dibangunkan dizaman Presiden Sukarno lagi.



 Dewan utama saja boleh menampung 16000 jemaah.

Ahad kami akan menghadiri Majlis Perkahwinan..Acara yang ditunggu-tunggu



Saturday, June 15, 2019

Jakarta Bandong 2019-D1



 Destinasi libur kalini 5H4M, Jakarta dan Bandung...Mengikuti pogram anak menghadiri majlis perkahwinan rakan kolej di Jakarta. . Cinta antara dua negara berjiran, mempelai lelaki Malaysia dan pasangannya Indonesia.
Hari selebihnya melajakkan diri ke Bandung

Penerbangan Jumaat 7.15 pagi Malindo Air di klia. 2 jam lebih untuk tiba di Lapangan terbang Sukarno Hatta Jakarta.

Libur kalini tidaklah begitu mengujakan kerana telah beberapa kali ke Jakarta bahkan keseluruhan Pulau Jawa semasa berkonvoi motor 2016. Kunjungan ini lebih kepada ingin melihat budaya majlis kahwin rumpun Indonesia. Kita mengikuti sajalah itinerari yang anak sediakan..




Di Indonesia  menggunakan khidmat agent pelancong. Segala urusan penginapan dan pengangkutan diserah kepada mereka...

Pemerhatian penulis kalini mendapati Jakarta kini lebih bersih, air sungai tidak lagi hitam seperti air longkang, sampah sarap di sungai juga kelihatan hampir tiada...Sekiranya kita alpa,  tidak mustahil Jakarta bakal mengatasi Kuala Lumpur dari aspek kebersihan dan keceriaan. 

Hajat untuk solat jumaat di masjid terbesar asia Masjid Al Istiqlal tidak kesampaian kerana jalan jem teruk..Dikhabarkan sebahagian laluan utama ditutup kerana  terdapat demonstrasi pasca pemilihan presiden Indonesia.



Tengahari menikmati hidangan makanan etnik Sunda. Harga RM30 sekepala tidaklah murah berbanding  dengan hidangan di tanahair.




Kemudian menuruti kehendak kaum ibu berbelanja di Mangga Dua destinasi popular harga patut Jakarta...

Mungkin disebabkan barangan kini banyak yang di import dari China, didapati harga barangan di sini juga tidak begitu  kompetitif. Kualiti dan design barangan pun tidak secanggih di tanahair

Sesudah maghrib meronda sekitar Jakarta...Jalan masih lagi sesak disebabkan penutupan sebahagian jalan disamping wargakota pulang ke pangkuan keluarga sempena hujung minggu...Tidak banyak yang dapat dirakam...

Hanya meronda dilorong kuliner yang menyajikan makanan  gerai tepi jalan.






Kami memilih bersantap di restoran makanan Padang...Tak berani untuk menjamah makanan gerai jalanan dikhuatiri perut tidak boleh menerima.


Signiture restoran padang adalah mereka menyajikan segala jenis masakan dimeja  namun hanya yang dijamah akan dikira untuk bayaran...Makanan enak dan harga sedikit mahal tapi berbaloi.

Esok kami akan ke Tanah Abang...

Sunday, May 5, 2019

Hoki Liga FIH 2019

Sabtu 4hb Mei 2019 

Malam ni ke Stadium Hoki Bukit Jalil, ingin menyaksikan secara langsung perlawanan Malaysia Lwn Kanada jam 8.0 mlm. Malaysia di  kedudukan ke 13 dunia berentap dengan Kanada di tangga ke 10. Tidak meletakkan harapan yang tinggi. Selalunya pasukan Malaysia ni belum boleh diharap  disetiap perlawan getir. Sering saja terlepas peluang keemasan. Piala Asia macam tulah, ketika harapan tinggi disandarkan memenangi emas, walaupun diminit minit terakhir masih lagi mendahului, kecundang dengan Jepun lawan yang berada diranking bawah. 


Kini untuk ke stadium lebih mudah dengan menaiki Lrt. Jimat masa dan duit. Parking kereta di Stesen Puchong Perdana. Tambang hanya Rm7 pergi balik ke stadium. 



Berbanding bolasepak hoki tidak begitu popular di Malaysia walaupun perlawanan adalah bertaraf dunia..Dan terkejut kerana menyaksikan perlawanan adalah percuma.! 



Penonton hanya memenuhi tidak lebih dari suku kapasiti stadium. 



Sebagaimana dijangka Malaysia tewas 3-2. Banyak peluang terlepas begitu saja... Beberapa sudut penalti dan 2 penalti strok terbazir begitu saja. Semacam tiada peningkatan prestasi berbanding perlawanan yang penulis pernah saksikan sebelum ini.. Dah sampai masa pemain berhijrah bermain di liga-liga negara yang berada diranking lebih tinggi..Jika tidak prestasi akan kekal statik. 




Pukul 10 mlm beredar meninggalkan stadium..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK