click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 11, 2019

Pulau Tioman 2019-D3

Sabtu 7 Sept 2019

Hari ke 3 seawal 7.30 pagi kami telah menuju pantai..Tak tahan melihat kejernihan air pasang dari bilik apartmen...Ingin segera berkubang.



Pantai ini adalah santuari penyu.

Berbanding pantai di sebalik pulau, air pantai sebelah sini jauh lebih tenang. Sangat sesuai untuk berrekreasi bersama ahli keluarga..Cuma kedudukannya yang agak jauh dari penempatan, pantai ini kurang dikunjungi.







 Yang tak syoknya tak orang ramai bermandi- manda. Awal pagi itu hanya kami berdua, adalah kot dalam sejam berendam  terus balik ke apartmen.

Dan sambung berkubang di kolam renang.






Sesudah sarapan bersegera mengemas barang untuk check out...Pukul 12 bakal menaiki feri balik ke Mersing...Pengunjung disaran berada di jeti untuk mendaftar nama sejam sebelum feri berlepas...


Pelayaran balik lebih pantas berbanding pergi dulu..
Mungkin atas faktor feri yang lebih baru ditambah dengan air laut yang lebih tenang, pelayaran meredah lautan tidak begitu terasa.

Cuma semasa menghampiri Jeti Mersing keadaan air laut agak cetek di muara. Air belum begitu pasang...Penumpang dibahagian belakang diminta berpindah ke deck depan untuk mengimbangkan kapal supaya kipas feri tidak tersangkut di dasar laut...

Sembang-sembang dengan kapten feri diberitahu, masalah bermudik ke jeti memang sering berlaku. Adakalanya feri terpaksa berlabuh di persisir pantai sementara menunggu air pasang. Walaupun muara sungai didalamkan, dasar  akan kembali cetek melainkan benteng dibina disepanjang muara untuk menghalang lumpur atau pasir kembali semula ke situ




Alhamdulilah sebelum jam 2 ptg telah meninggalkan jeti.


Untuk buah tangan singgah membeli buah tampoi di gerai buah tepi jalan Jamaluang-Kluang.
Maka  berakhir sudah 3H2M Pulau Tioman...


Sehingga bertemu lagi dilain kembara..


Monday, September 9, 2019

Pulau Tioman 2019-D2

Jumaat 6 Sept 2019

Ombak di Pantai Kg Juara ini agak kuat sebab pantai menghadap laut terbuka Laut China Selatan.

Dengan kedudukan chalet berada sangat hampir dengan laut, tidur malam dibuai deruan bayu dan ombak pantai, sesekali diganggu oleh hilaian sang kelawar.

Di Tioman antara tarikan pelancong adalah menyaksikan ribuan kelawar bergantungan di dahan-dahan pokok.




Warga luar terutama mat salleh ramai berkunjung antara bulan Ogos dan September..Tempoh ini mereka sedang bercuti sekolah musim panas.

Cuma diperhatikan,  berbanding dengan pulau -pulau negara jiran, kita agak kurang menerima pelancong mat salleh. Koh Samui, Phuket, Bali, Lombok, sekadar menyebut beberapa nama, di sana penuh dengan mereka ini.

Walaupun kebanyakan  keindahan semulajadi kita jauh mengatasi mereka, pakej pelancongan yang ditawarkan di negara jiran mungkin lebih berbaloi dengan nilai wang.


Matahari mula menampakkan diri di ufuk timur.



Pantai yang luas dan panjang sangat ideal untuk berjogging. Berlari dari hujung ke hujung sudah memadai untuk badan bermandi peluh.







Selepas berjogging dan sarapan pagi tak ada aktiviti lain yang dibuat, sekadar melepak  ditepi kedai sambil memerhati gelagat pengunjung. 

Pelancong luar betul- betul memanfaatkan kunjungan mereka antaranya meredah hutan, mandi air terjun, bersnorkeling, berkubang laut atau berjemur  di pantai..Kita warga tempatan sudah lali dengan aktiviti sebegini.



Hajat untuk bersolat jumaat di Pulau Tioman alhamdulillah tercapai. Masjid tidak jauh dari chalet kami. Persekitaran masjid  bersih serta dilengkapi penghawa dingin. Isu semasa yang disentuh ketika khutbah adalah menyeru masyarakat untuk mendahulukan produk muslim yang ternyata lebih halalan toyiban.

Sesudah jumaat kami berpindah penginapan.. Chalet kami penuh untuk hari berikutnya, hanya dapat menempah semalaman saja.






Malam ke 2 cuba mencari penginapan yang sedikit upmarket...Pencarian melalui online ternyata berbaloi. Selesa Tioman Apartment dibawah pengurusan JCorp dilengkapi  2 bilik, Rm213 satu malam termasuk pengangkutan ke Jeti..Penginapan sesuai untuk keluarga  tapi kedudukannya agak terpencil..

Apartmen ini berusia lebih 20tahun jadi  fizikalnya sedikit uzur..Namun keseluruhan masih berbaloi untuk nilai wang anda...Lokasi di cerun gunung pinggiran laut berbatu,  berpemandangan memukau...







Pantai berpasir  agak jauh, perlu berjalan kaki meredah laluan berbatu krikil...Penat segera hilang tetekala melihat pantai dan air laut yang sangat jernih...




Pemandangan disaat matahari mulai terbenam yang sangat indah.

Untuk makan-makan kena cari di luar kerana cafe hanya menyediakan sarapan pagi...Perkhidmatan shuttle disediakan dengan kekerapan sejam satu. Atau jika ingin lebih bebas boleh menyewa motorsikal dgn kadar sewa rm60 sehari...



Untuk ke Pekan Tekek agak jauh dan tiada kenderaan. Pilihan yang  ada adalah di Restoran Nelayan Berjaya Resort.





Antara bufet RM90 sekepala tentunya kami memilih ala carte,  dapat memilih menu yang paling berbaloi..Hampir Rm100 juga untuk hidangan 2 orang. Kena hadapilah sebab kita menikmati hidangan di resort 4 bintang.

Sunday, September 8, 2019

Pulau Tioman 2019 - D1

Khamis 5hb September 2019

3H2M kalini  berkunjung ke Pulau Tioman. Antara banyak-banyak pulau Malaysia yang penulis belum pernah
kunjungi.

Bergerak dari Kuala Lumpur seawal 9pagi... Memandu melalui Hiway Lekas menuju Kuala Pilah, Bandar Muazam seterusnya Mersing. Perjalanan hampir 6jam.

Mulanya ingin menaiki feri di Jeti Tg Gemuk  Rompin tapi feri terakhir ke pulau baru saja berlepas dalam jam 12 tengahari. Segera meneruskan pemanduan ke Mersing dalam 45 minit..Di sana Feri terakhir adalah jam 3.00 ptg.



Membeli tiket Rm70 seorang  untuk 2hala..Parking kereta Rm45 untuk 3hari. Feri bergerak jam 3ptg dan tiba di jeti Kg Tekek Pulau Tioman jam 4.45.



Impresi pertama menjejakkan kaki disini, pulau pelancongan ini walaupun destinasi bertaraf dunia namun masih kekal dengan  suasana kedesaan...Di pekan, gerai-gerai kayu masih menghiasi pemandangan..Mode pengangkutan adalah pacuan 4roda motorsikal dan basikal. Kebersihan persekitaran ok boleh tahan. Namun tak sangka tersergam sekolah rendah dan menengah di pekan kecil ini.  Menurut pengusaha chalet, terdapat lebih kurang 3ribu penduduk disini.






Pemanduan ke chalet di sebalik pulau terpaksa merentasi puncak gunung melalui jalan berkonkrit. Jalan berkonkrit ini hanya dibina sekitar 10 tahun dahulu..Dulu jika ingin ke sebalik pulau penduduk dan pengunjung perlu menaiki teksi air.




Penginapan chalet  di Kg Juara. Tempahan bilik secara online. Tak tau pun Kg Juara ni berada di sebalik pulau. Dari jeti mengambil masa 30 minit lagi menaiki pacuan 4roda bayaran RM25 seorang.






Pantai di situ lebih luas berbanding disebelah jeti pendaratan. Penginapan kami malam itu RM130 satu malam. Chalet betul-betul menghadap laut. Chalet yang diusahakan  pengusaha persendirian

Jiran kami pasangan muda warga Austria. Penginapan bajet menjadi pilihan ramai pasangan muda eropah.

'Nice place , very beutiful view...'

Yea bagi warga eropah, negara yang tidak memiliki atau jika memiliki pantai sekalipun  tidak secantik pantai-pantai di negara-negara sebelah  sini, pasti akan teruja dengan suasana sebegini...





Pilihan untuk makan-makan agak terhad di Kg Juara kerana kebanyakan gerai makanan hanya dibuka selepas jam 6ptg . Malam itu kami menikmati sate dan pipes ayam iaitu ayam bungkus daun pisang yang dipanggang.

Digerai inilah kami menonton kelayakan bola piala dunia Malaysia mengatsi Indonesia 3-2.

Ulasan hari pertama penulis sejujurnya mengharapkan  persembahan pusat pelancongan kita ditingkatkan, rasanya kita agak sedikit terkebelakang  berbanding dengan negara jiran terutamanya  Thailand...Keindahan kawasan perlu dipertingkatkan oleh pengusaha kecilan persendirian ini.

Wednesday, August 28, 2019

Tanam Pokok Betik dan Keledek Dalam Tong...

Entry kali ini penulis ingin menulis lagi mengenai berkebun keliling rumah...Sentiasa bersemangat untuk berkebun setelah menonton perkongsian minat yang sama di Utube.

Sebenarnya tidak memiliki tanah yang luas bukan alasan untuk tidak berkebun...Kita boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada dengan menggunakan bahan- bahan terpakai.

Bayangkan tanah seluas 4000kps boleh ditanam dengan beratus jenis tanaman dan turut membela ternakan..Hasilnya turut dijual di  pasar tani. Begitulah kesah di luarnegara yang cukup memberi inspirasi yang penulis ikuti di Utube

Pernahkah anda melihat pokok betik rendang tapi berbuah lebat...Rupanya pokok tersebut melalui proses tut terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke tempat lain...Harini penulis ingin
mencuba.


Batang betik dipotong dan disendal dengan ranting kayu supaya akar mudah tumbuh setelah dibungkus dengan tanah nanti.



Selalunya kaedah tot dibuat dicabang betik yang tumbuh dari pokok induk.  Namun jika tiada cabang boleh saja ditot pohon induk tersebut.

Jika tiada masalah dalam 3-4minggu akar akan tumbuh dan boleh lah dipindahkan samada terus diatas tanah atau tong bertanah.

Melalui kaedah ini pohon akan sentiasa rendang dan mudah untuk memetik hasil nanti..


Ini adalah pemindahan anak pokok betik yang tumbuh sendiri dicelah celah batu...Tumbuh hasil pindahan benih oleh burung barangkali..Setelah besar nt boleh dicuba lagi kaedah tot diatas supaya rendang.


Cubaan kedua adalah menanam keledek dalam tong... Adalah sangat merugikan sekiranya ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan.. Penulis teruja melihat keledek yang ditanam dalam tong sederhana besar memberikan hasil berkilo- kilo.


Mudah saja untuk memperolehi benih anak keledek..Ubi keledek dipotong dan direndam dalam air dan dibiarkan beberapa hari sehingga tunas mulai tumbuh di ubi tadi..



Setelah itu petik tunas dan rendam supaya tunas mengeluarkan akar sendiri...

Setelah berakar, pindahkan anak pokok ke atas tanah atau tong bertanah...

Selepas 3 bulan kita lihat hasilnya samada menjadi...Harap harap menjadilah yea...

Selamat mencuba...🤗



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK