click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, April 25, 2021

Pemarut Kelapa Mini...

Sebiji kelapa siap parut berharga sekitar Rm2.50., seunit pemarut kelapa elektrik berharga Rm170-250. 

Kelihatannya seperti tidak berbaloi membeli sekadar untuk kegunaan domestik. Belum lagi berpeluh mengupas buah kelapa. Lebih baik beli santan dikedai

Tapi pedulilah, pejam mata membeli alat pengukur kelapa.


Pemarut mini berharga Rm170., biarpun agak mahal, rasanya tidak rugi menyimpan peralatan ini. Bila- bila masa boleh digunakan untuk mendapatkan santan segar.

Di perkarangan rumah terdapat 3 pokok kelapa, 2 darinya tidak putus berbuah..Sepokok lagi sedang membesar. Jika tidak dikait, buah tua akan gugur dengan sendiri. Sayang, jika buah dibiarkan begitu saja.


Terdapat lebihan pahat dalam stor, maka diubah suai untuk dijadikan alat pengopek sabut kelapa.


Pengopek sekadar disandarkan dicelah dahan pokok, sabut kelapa kini mudah dikopek. Sebelum ini menggunakan pagar besi runcing.


Dibawah pokok ini saja terdapat 6 biji kelapa yang telah tumbuh sebab terbiar sesudah gugur.

 Dulu pernah rajin menggunakan blender untuk mendapatkan santan.

Kopek sabut-pecah kelapa-congkel isi-kupas bahagian keras dan blend.

Argh leceh..

Kini dengan adanya alat yang lengkap, proses berjaya diringkaskan.



Buah yang dipokok menunggu hari untuk gugur.

Dengan adanya peralatan yang lengkap, kini santan segar dihasilkan sendiri.


Tak perlu dikukur sehingga tempurung, isi berbaki boleh diberikan kepada ayam.

Semua bahagian kelapa bermanfaat, sabut yang terhasil akan dicampak dipangkal pokok.



Pokok mangga yang sekian lama mandul kini berbuah dan mangga menunggu masa untuk ranum.

Tak rugi berbudi pada tanah...

Jom jom berkebun...

Friday, April 9, 2021

Puncak 2 Ringgit, Bukit Sentosa Hulu Selangor

Hairan bagaimana puncak bukit ini mendapat nama mendorong kami beriadah di situ.

Destinasi diketahui melalui internet, berjarak 30km dari kediaman kami, tersenarai sebagai lokasi rekreasi menarik daerah Hulu Selangor.

Hulu Selangor, sesuai dengan kedudukannya ditanah tinggi , memang banyak puncak-puncak bukit yang boleh didaki.

Setelah memakir kenderaan disebelah kilang kaki bukit, mula mengorak langkah.


Pergh, mendaki landai sekitar 100m pertama, laluan berikutnya disajikan dengan dakian mendongak lebih 30 darjah...

Orang rumah angkat bendera putih, memang sebaiknya tidak memaksa diri meneruskan dakian jika itu lebih memudaratkan.

Lagipun jarak ke puncak lebihkurang 1.8km,  kalau dipaksa mendaki, masa akan banyak terbuang di sepanjang laluan. Biarlah dia beriadah dikaki bukit saja.

Maka kita pun meneruskan dakian bersendirian...Keputusan yang tepat, untuk ke puncak, dakian sentiasa mendongak.

Beberapa meter mendaki baju sudah dibasahi peluh...



Untuk yang biasa beriadah disini tiada masalah mendaki. Sepanjang pendakian bertemu beberapa pasangan.

Mengkarung..

Berselisih dan bersembang dengan pasangan wargaemas yang menjadikan dakian ini sebagai rutin harian/mingguan. Memang dahsyat..Kalau yang tak biasa, memang rasa nak putus urat nafas. Banyak angin terlepas semasa pendakian.


Tiba dititik tertinggi, tertera tulisan puncak RM 2...Tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat, bagaimana puncak ini mendapat nama. Ramai yang ditanya memberikan jawapan 'mungkin' dulunya pendaki dikenakan bayaran Rm2 untuk beriadah disini. Yea mungkin...


Banyak lagi rupanya hutan yang boleh dilihat dari tanah tinggi.

Untuk yang biasa, bukan sekali bahkan 4 pusingan mendaki sambil berlari seperti anak muda ini.

Kita mendaki dan menurun santai, tercapai juga misi beriadah di Puncak 2 Ringgit.

Seusai mendaki enak sungguh menikmati nasi lemak sepinggan penuh berlauk sambal sotong, telor rebus dan telor mata. 

Teh tarik satu lagi ! 

Tudiaa...Sambil beriadah sambil cari tempat sarapan baru...hehe

Jika tinggal berdekatan, tempat ini boleh dijadikan venue riadah tetap, tapi jika diberi pilihan, sekiranya ingin riadah mendaki, rasanya lebih syok beriadah di Puncak Templer, destinasi lebih hampir dengan suasana kesegaran hutan tulin. Lepas mendaki boleh berkubang dikolam air terjun.

Jeburr...!

Thursday, April 8, 2021

Tanam Cili Secara Fertigasi...

Pertanian adalah perniagaan. Sudah beberapa orang,  penulis temui yang melibatkan diri dalam pertanian, kebanyakkannya berpenampilan simple tapi memiliki kebun tanaman berpuluh ekar sehingga hasil dieksport keluar negara.

Semasa melawat rakan di Sg Besar baru ini, beliau juga mengusahakan tanam bendi..Pokok tak sempat membesar peraih telah datang untuk memborong hasil tanaman.


Kunjungan harini ke plot tanaman cili fertigasi rakan setaman. Ketika ini beliau menanam seribu pokok cili dalam polibeg.

Projek berikutnya menanam bendi dan terong diplot tanah kosong bersebelahan.

Penulis percaya beliau boleh pergi jauh melihat kepada kesungguhan dan pengetahuan yang dimiliki.

Beliau menjangkakan 5-7tan cili mampu dihasilkan semusim 6-9bln. Harga cili borong kebun adalah rm15 sekilo. Hasil tuaian sentiasa tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.

Bertani skala separa/besar perlukan kesungguhan, jika tidak cuma dapat penat badan dan menghabiskan modal saja.


Untuk penulis, ini saja yang diusahakan hariini...hehe tanam singkong/ ubikayu 4 pokok.,disamping menajak rumput  pangkal tanaman lain.

Menanam lebih untuk berpeluh dan hasil untuk kegunaan sendiri memanfaatkan tanah kosong depan rumah.

Pokok-pokok yang ditanam pula adalah jenis mentenen rendah disamping mampu hidup bertahun lamanya...

 Pokok ubi pulut yang ditanam sebelum ini dah tak habis dimakan pucuknya., Daun tua yang dicelur air panas dicampur  untuk ayam makan. Nampaknya, daun-daun celur yang menjadi rebutan. 


Pokok cili 3 pokok yang dibeli dari rakan tadi, tak pasti berapa lama mampu bertahan. Rasanya tak mampu menjaga segigih  rakan diatas.


Melihat kepada limau kasturi dan limau purut yang subur dan lebat berbuah, naik semangat menambah koleksi pokok lemon jenis lain. Sepokok Rm18

Taik ayam percuma bercampur sisa dapur domestik dijadikan baja kompos, memang tak rugi   berbudi pada tanah...

Tuesday, April 6, 2021

Sehari di Sungai Besar, Selangor...

Semuanya bermula tanpa dirancang. Niat asal sekadar jjcm di Pt 9 Sekinchan. Hampir tiba, teringat rakan yang begitu lama tidak bersua. Adat berjumpa, dibawanya kita dimerata tempat. Maka hampir seharian masa dihabiskan di Sg Besar.






Suasana  diperkampungan sawah sangat mendamaikan..kini musim padi sedang menghijau...luas saujana mata memandang.


Di Sekinchan makan-makan di Restoran Lembah Bernam. Lokasinya boleh dikatakan ceruk..Kami tahu pun melalui internet. 

Adat menerjah tempat orang, rakan tadi tidak berkesempatan untuk turut serta kerana mempunyai program kemasyarakatan sempena menyambut bulan puasa.


Kini diceruk mana sekali pun tak mengapa, bila hidangan enak dan special, melalui kuasa viral pengunjung dari segenap pelusuk tempat sanggup bertandang.

Menu masakan adalah masakan ala kampung, ulaman, ikan atau daging-daging eksotik. Ayam kampung, landak, rusa, kijang, ikan baung, patin, sembilang, pekasam dll

Rupanya restoran ini diusahakan oleh  adik kepada pemilik Restoran Selera Rimba di Sg Panjang .. Patut pun menu lebih kurang sama.. Barangkali beliau mencontohi abang yang begitu menjadi mengusahakan masakan sebegitu. 

Hari biasa pun ramai apatah lagi dihujung minggu atau hari kelepasan am.

Kunjungan kami di Laman Tebu Parit 2 begitu unik sekali.


 Mulanya sekadar warong biasa tepi jalan menjual air tebu, apabila warong dihias dengan deretan tanaman tebu, kini pelbagai menu ditawarkan dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus.




Pasar Jerami, Ban Kenal adalah pasar minggu di tepi terusan yang menjual pelbagai jenis barangan dan juadah tempatan. Lokasinya yang berada dilaluan pintas SgBesar-Tg Malim sering sesak di hujung minggu.
Ban Kenal dipinjam dari perkataan orang putih 'Bund Canal' yang bermaksud terusan yang mempunyai tebing tinggi.

Ada juga yang kata Main Canal atau Terusan Utama.

Terusan dibina untuk pengairan sawah sejak zaman British lagi.

Syok berkunjung ditemani orang tempatan . Tempat-tempat menarik atau tempat-tempat makan enak yang belum tersohor boleh dikunjungi melalui jalan-jalan pintas. 


Udang lipan goreng celup tepong Jalan Lama Klang-Sg Besar, Sg Haji Dorani

Mee kari udang lipan..

Kami dibawa ke lokasi-lokasi baru.

Kilang beras dan pulut yang diusahakan oleh anak tempatan.



Melawat kilang amat rugi jika tidak membeli. Untung jika membela ayam dikawasan yang terdapat kilang padi..dedak beras ini berharga seringgit sekilo. 

Tak boleh merentas negeri maka elok memanfaatkan kunjungan ke destinasi baru senegeri tapi lain daerah.

Selepas ini sudah berkira-kira untuk ke kelong di Sabak Bernam pula... 

Jom jom jom...



Friday, April 2, 2021

Bagaikan Reban dan Tikus...

Reban dan tikus memang sangat sinonim, selayaknya boleh diertikan juga sebagaimana Aur dengan  Tebing..Isi dengan Kuku.

Walaupun usaha pencegahan dibuat berterusan nampaknya koloni tikus tetap wujud.


Ini antara tangkapan terbanyak sejak pemerangkapan dimulakan semula setelah beberapa waktu dihentikan kerana menyangka koloni tikus telah berjaya dibasmi. Sebelum ini adalah seekor dua yang kena.

Mulanya ingatkan bau busuk tahi ayam. Pelik juga reban baru saja dibersihkan, bau busuk tetap ada..rupanya sekeluarga tikus, 2 dewasa dan dua anak kecil terlekat pada jerat getah yang diletakkan ditempat agak tersorok.

Tak sia-sia membeli getah perangkap tikus, banyak yang dah kena...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK