click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, April 27, 2019

Taman Rekreasi Bdr Baru Sg Buluh Selangor... 8

Jom jogging harini Sabtu 27hb April 2019 membawa kami ke Taman Rekreasi Bdr Baru Sg Buluh. Beginilah kebiasaannya  setiap hujung minggu, sedikit celaru mencari tempat beriadah. Memang hujung minggu pagi jika tiada aktiviti tertentu, kami menetapkan beriadah di lokasi baru. 

Biasanya mengikuti saja gerakhati  tanpa halatuju spesifik, seketika berhenti ditepi jalan sambil melayari internet untuk destinasi pilihan. 


Nyaris nyaris tidak beriadah harini kerana skeptikal dengan senaraian internet... Senaraian internet memberi rating yang tinggi disini.. Membayangkan disini hanyalah padang taman biasa-biasa, gerak hati untuk terus ke sini ternyata berbaloi.. 


Trek konkrit lebar disediakan di taman ini.. 


Yea tak sangka dicelah- celah deretan rumah-rumah taman lama terdapat kawasan rekreasi yang begitu terpelihara...Terdapat juga gelanggang futsal mini.. 



Trek merentasi belakang rumah-rumah penduduk mewujudkan sausana yang sangat indah dan mendamaikan.. Cuma terfikir janganlah kawasan rekreasi dibelakang rumah ini dijadikan sebagai port untuk aktiviti negatif seperti pecah rumah dll sebab keadaan begitu terbuka sekali.. 



Taman rekreasi bakal bertambah indah dimasa akan datang jika pokok-pokok sulaman ini mulai matang. 


Banyak kemudahan peralatan senaman disediakan ditaman ini.. 


Sangat kreatif menghubungkan padang kecil antara fasa- fasa taman untuk membentuk satu taman rekreasi mega... 


Tasik yang berfungsi sebagai kolam takungan banjir turut membentuk sebahagian taman rekreasi.. Ikan talapia merah kelihatan begitu banyak sekali... Teringat kata-kata apik di Taman Rekreasi Metropolitan Kepong.. 

" Tengok.. Itu ikan sudah kijar mau mintak makan, satu minggu suda manyak lindu (rindu)  "


Ditepi tasik disediakan wakaf-wakaf untuk berehat... 


Jambatan kecil merentasi longkang besar disediakan menghubungkan taman perumahan bersebelahan untuk kemudahan pengunjung.. 


Tanaman kontan ditanam  penduduk setempat di rizab longkang membentuk sebahagian landskap taman... 



Tandas awam juga disediakan... Kebersihan ditahap baik.. 


Tidak teragak agak untuk berkunjung lebih kerap  lagi dimasa akan datang.

Syabas MBSA😊. .


Wednesday, April 24, 2019

Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah


20hb April 2019 

Hujung minggu Sabtu berkesempatan menghadiri jemputan majlis walimatul urus anak sahabat di Jitra Kedah. 




Sesudah itu bergerak ke Kawasan Rekreasi Air Panas, Ulu Legong Baling.. Kami tiba agak petang. Hajat hati ingin bermalam disini namun tak kesampaian kerana tiada kekosongan bilik di resort ini sedangkan keesokan hari Ahad adalah hari berkerja untuk warga Kedah. 


Kami kesini kerana diberi tugasan oleh rakan untuk mencadangkan kaedah paling ekonomikal mengatasi masalah tanah mendap dicerun tepi sungai  bersebelahan salah satu bangunan di resort ini. 



Walaupun agak jauh ke pendalaman ternyata resort yang menampilkan pusat rekreasi bersandarkan  alam semulajadi air panas sangat popular dikalangan pengunjung.. Sausana bersih dan tenang. 

Seusai tugasan terus mencari tempat bermalam ditempat lain... Bacaan internet membawa kami ke Castella Cafe dalam 50km dari Ulu Legong. 


Terdapat chalet chalet ditepian sungai  untuk pengunjung bermalam.  Berdasarkan stiker stiker kelab permotoran yang ditampal diruangan informasi port ini agak popular dikalangan mat motor.. 



Uniknya cafe ini pengunjung boleh menikmati hidangan di dalam sungai.. 



Air jernih menggamit pengunjung untuk bermandi manda juga berekreasi. 


Terdapat wakaf wakaf didirikan ditepi sungai untuk pengunjung berkhemah.. 



Air  cetek mengalir tenang sangat sesuai berakit atau berendam saja.. 


Harap harap tiadalah kejadian fenomena kepala air ketika pengunjung ralit menikmati hidangan. 


Kepada orang ramai boleh lah mencuba suatu kelainan di sini.. 

Dari Jitra ke Baling akhirnya hanya dapat bermalam di Grik.. 😊




Wednesday, April 17, 2019

Tasik Metropolitan Kepong 2019

14hb April 2019, Ahad. 

Kunjungan ulangan jom sihat hari ini di Tasik Metropolitan Kepong lagi. Ambil kesempatan singgah setelah menghantar anak ke Gombak yang bertemujanji berkongsi kenderaan pulang semula ke Kertih. 

Rasanya pemandangan di taman ini bertambah indah berbanding kunjungan terdahulu. Mungkin disebabkan pemandangan melatari tasik terdiri dari bangunan-bangunan baru dan rimbunan hijau pokok-pokok  lanskap yang semakin matang. 

Keseluruhan kebersihan dan kekemasan taman juga bertambah baik.. Cuma di luar pagar pintu  masuk utama masih dicemari sampah sampah.. 


Trek berjogging mengelilingi tasik menjanjikan kepuasan walaupun sekali pusing... 



Cuma penyelenggaran perlu dipertingkatkan... Struktur struktur di taman seperti jambatan kayu yang reput perlu diganti segera untuk keselamatan pengunjung.. 



Fauna ditasik dengan pelbagai spesis ikan boleh menjadi terapi minda yang mendamaikan.. 


Pemandangan yang cantik pastinya tercemar jika pengunjung tidak perihatin dengan kebersihan. Petugas petugas terpaksa melakukan pembersihan demi memelihara keindahan taman. 




Kawasan kawasan rekreasi memang sentiasa menjadi tumpuan dihujung minggu atau hari kelepasan am..

Taman Metropolitan Kepong akan sentiasa menggamit untuk kunjungan akan datang. Syabas DBKL

Thursday, March 28, 2019

KL dan Genting Highland Mac 2019



Penulis diberi tugasan membawa tamu Surabaya meronda KL 25 dan 26hb Mac 2019

Sengaja membawa tamu sebelah malam kerana ingin melihat pemandangan KL bermandi cahaya.

 Dataran merdeka pilihan pertama malam itu.

Frust. Ini detikan pertama ketika mula tiba disini... Pertama Bangunan Sultan Abd Samad kelihatan sangat muram kerana tidak dihiasi cahaya...

Kedua Dataran merdeka itu sendiri walaupun bertambah cantik namun masih kekal selekeh.. Seingat penulis setiap kali datang ke sini sejak  90an lagi sentiasa ada saja kerja-kerja menaik taraf sedang  dibuat kononnya untuk keindahan dataran..Setelah 30 tahun berlalu keadaan sekeliling kekal selekeh dengan mesin, bahan- bahan binaan juga tong-tong penghadang atas usaha berterusan pengindahan itu.. Entah bila Dataran Merdeka akan betul-betul cantik.



Mencari posisi menarik untuk bergambar sukar kerana pemandangan dicacatkan dengan tong-tong penghadang dan bahan binaan.. 



Projek River of Life adalah usaha yang baik.. Keadaan kini jauh lebih baik berbanding dahulu..Keindahan  persekitaran sudah mula terserlah... Namun sebagaimana Dataran Merdeka kerja menaik taraf masih lagi berterusan. Jadi kecantikan produk akhir entah bila boleh dinikmati kerana pemandangan dicacatkan dengan bahan bahan binaan dan mesin. 


Dikhabarkan pencahayaan lampu dan pancuran air hanya dimainkan ketika hujung minggu.. Jadi kunjungan dihari biasa ikut suram. Tak pasti untuk apa tujuan pengindahan  jika keindahan tidak boleh dinikmati sepanjang masa, seolah pengunjung dalam maupun luar negara hanya berkunjung dihujung minggu. 


Mujur malam itu dapat menikmati nasi arab yang enak. Sajian Restoran Marakesh yang terletak di Kg Baru belakang Wisma Perkeso Jalan Tun Razak tidak mengecewakan  dengan harga berpatutan. Gembira melihat tetamu bersungguh menikmati hidangan



Sesudah menikmati hidangan, berkunjung ke KLCC pula... 



Melawat Malaysia tidak sah jika tidak melawat Menara Berkembar  Petronas ini. 


26hb bersiap untuk melawat puncak Genting Highland. 


Ketika kami tiba suasana di puncak sangat dingin dan berkabus., sangat kontras dengan keadaan di bawah yang panas terik





Penulis mengambil kesempatan menaiki Spin Crazy... Caj berbaloi Rm16 saja. Huh pengalaman yang sangat mendebarkan... Sepanjang 13 kali hayunan gila itu penulis hanya membuka mata seketika.. Cemas memikirkan  sesuatu tidak diingini terjadi .. Mana tahu talipinggang tercabut!!! 

3 petang kami menuruni puncak... Untuk nilai wang lebih berbaloi kami makan- makan di KFC BatangKali... Jika dipuncak  harga pasti berbeza walaupun rasa hidangan mungkin sama.. 




Sunday, February 24, 2019

Jom jogging-Tmn Tasik Keramat KL

24hb Feb 2019

Jom jogging harini di Tmn Tasik Keramat KL. Taman rekreasi mini ditengah - tengah kawasan perumahan padat Dato' Keramat. 

Syabas kepada pihak DBKL diatas inisiatif menyediakan taman awam untuk kegunaan masyarakat setempat. 


Walaupun kami tiba agak lewat, terik matahari pagi tidak begitu dirasai sebab terhalang oleh pohon-pohon dan bangunan- bangunan tinggi.. Sausana serupa walaupun tidak secantik Taman KLCC. 

Ramai pengunjung berjogging di sini. Kelihatan tadi sekumpulan wanita- wanita bersenamrobik dikawasan lapang.  Perkembangan yang sangat sehat. 



Ok lah untuk membawa keluarga beriadah... Banyak kemudahan bersukan disamping kemudahan mainan kanak-kanak disediakan. 


Peralatan riadah disediakan dikawasan kanopi.. 


Kolam takongan yang berfungsi mengawal limpahan air hujan  boleh  dimanfaatkan sebagai nilai tambah untuk taman rekreasi awam...



Trek jogging yang disediakan disekeliling taman  walaupun tidak panjang tapi memadai... Jika tak puas sekali, pusinglah berkali-kali.. 


Pemilihan tepat untuk  berjogging harini kerana taman ini sangat hampir dengan UTC Dato Keramat.. Sesudah berjogging berurusan dengan JPJ untuk menukar lesen memandu anak. ☺️


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK