click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, June 20, 2023

Kejohanan Basikal Trek ACC 2023..

Dalam banyak-banyak sukan/perlawanan antarabangsa yang dianjurkan di  Malaysia, seingat penulis cuma bolasepak  yang  tak pernah pergi stadium. Bukan tak minat cuma pencapaian tertinggi bolasepak belum lagi mencapai peringkat kompetitif dunia jadi tak begitu teruja untuk bersesak di stadium..Tapi jika  berentap diperingkat tertinggi dunia seperti hoki, badminton, takraw Motogp, Formula 1 basikal dll selalunya penulis tak akan lepaskan peluang menonton. 

MotoGp dan Formula 1 tak puas tengok dilapangan sebab tiket paling murah akan dapat posisi menonton tidak strategik...di akhir perlumbaan kita tak tau siapa pemenang..Disebabkan trek terlalu panjang, kita juga tidak dapat menyaksikan aksi dramatik di sepanjang trek. Lokasi strategik harga tiket dah tentu mahall.


Lumba basikal trek satu-satunya sukan level dunia yang tak sepatutnya orang awam lepaskan peluang tengok live di velodrum. Atlit kita  Dato Azizul Awang dan Firdaus Shah antara pencabar terkuat merobek dominasi pelumba hebat dunia lain terutamanya Eropah, Australia,  Japan  China Dll. Walaupun pelumba Mat Salleh memiliki kelebihan  fizikal itu tidak menghalang atlit Malaysia menewaskan pencabar. Semangat tidak menyerah kalah  ini yang kita mau...


Ini aksi separuh akhir Keirin Elit melibatkan pelumba negara Firdaus Shah. 

Fuh berbaloi pergi velodrum Ahad lepas.

Firdaus dalam kecederaan terhentak tembok dan trek, basikal rosak teruk, seat patah tetap teruskan perlumbaan..seat tiada, duduk diatas palang basikal...fotofinish dia  menamatkan perlumbaan serentak ditempat ke 3 bersama pelumba kazakhtan..

Selalunya cuma 3 pelumba yang layak ke final utk setiap heat..ini pertama kali 4 pelumba masuk final..

Azizul telah layak bersama 3 rider lain  dalam semifinal heat terdahulu ..

Di peringkat final kita yang menengok, menggigil kaki menyaksikan pelumba membesit, bersaing  rapat mencari ruang. Silap percaturan  pasti melayang macam dalam semi final.

Final, menyaksikan Azizul mengungguli emas dan Firdaus mendapat gangsa. Hebat ...






Rugi betul orang ramai tidak datang ke Velodrum Nasional  Nilai Negeri Sembilan ini...Susah nak dapat penganjuran sukan bertaraf tinggi dunia begini. Banyak seat yang kosong padahal tiket hanya Rm30 dewasa dan 15 kanak kanak.





Lift hanya disediakan dilaluan masuk ViP, tiada dilaluan awam..apa lah, langsung tak mesra warga emas dan orang kurang upaya.




Penulis berpendapat promosi kurang dibuat dengan agresif sehinggakan ramai yang tak tahu. Konsert gedik gedik pun beribu orang datang stadium. Tak percaya orang ramai tak minat dengan acara basikal. Penganjuran jamboree MTB domestik pun beribu peminat basikal ikut serta inikan lagi sukan bertaraf tinggi dunia...

Sunday, June 18, 2023

Taman Rekreasi Cantik...


Riadah perlu dimasukkan dalam aktiviti rutin mingguan setiap orang. Pencegahan itu lebih baik dari rawatan..Kos perubatan kini mahal..Jika telah berusaha penyakit tetap bertandang barulah kita  redho

Selain aktiviti berkebun penulis akan cuba selang sehari beriadah dilokasi berbeza. Selepas beriadah mencari tempat bersarapan. Biarpun jauh luar daerah sehingga terpaksa bermalam, tak mengapa, penulis sanggup asalkan tempat riadah itu cantik.

Kebanyakan tempat rekreasi cantik banyak di bandar- bandar besar.. Tempat begini telah dipakejkan bersama pembangunan taman perumahan. Lagi cantik taman, tambah mahal rumah dijual.


 Berikut senarai lokasi favorit riadah penulis di bahagian utara KL


1. Gamuda Garden Kuang.

Konsep hutan bandar yang diterapkan di kawasan perumahan baru ini sangat bagus sekali. Dengan adanya hutan bandar suhu persekitaran dapat diturunkan sehingga 20 peratus.

Jarak keseluruhan jogging trek hampir 4km, cukup puas berjalan santai atau diselang seli dengan  berlari anak sekali pusing.









2.  Ecoworld Puncak Alam.

Ecoworld memang terkenal dengan dengan pembangunan bersama landskap yang cantik. Harga rumah disini pun bukan kaleng- kaleng..mahall. Ecoworld Puncak Alam menduduki carta ke 2 penulis..tidak sebagaimana hutan  bandar, disini pokok seperti dalam taman, tidak begitu banyak tapi sangat kemas tersusun. Jogging trek kurang dari 3km...






3. Antara Gapi Serendah...

Ini adalah permata yang tersembunyi...Kawasan perumahan dari jalan utama kelihatan sangat biasa- biasa..tetekala tiba di kawasan rekreasi ini hati terus terpaut. Cuma leceh jogging trek  keliling tasik  tak panjang, kurang dari 2km, tak puas kalau sekadar beriadah disitu.






Kelebihan Antara Gapi Serendah jalan di kawasan perumahan masih sepi dari kenderaan awam dan keseluruhan kawasan belum dimajukan sepenuhnya,  persekitaran masih dipenuhi kehijauan hutan atau ladang sawit. Satu loop dengan mudah dapat 5km, jalan pula turun naik bukit, itu yang syok. Walaupun nanti kawasan telah dimajukan,  pemandangan tanah tinggi tetap memukau. Dari kejauhan dapat melihat Banjaran Titiwangsa dan puncak Genting Highland. 




Dah tengok rumah contoh Lavender,  sebaris unit- unit rumah menghadap tasik rekreasi turut menyajikan  pemandangan Banjaran Titiwangsa..Fuh ciri-ciri yang penulis idamkan, susunatur rumah menarik, dari ruang tamu, dapor dan bilik tidur utama dapat melihat, pemandangan cantik, tempat berjogging dekat., walaupun lokasi rumah agak jauh tak mengapa, kita bukan lagi berulang alik ke tempat kerja. 

Berbanding pemaju  lain, harga rumah- rumah pemaju PKNS boleh dikatakan lebih rendah, ditambah dengan lokasi yang agak jauh dari KL terdapat  unit-unit masih belum terjual, namun sebaris 19 unit cantik semi-D berkeluasan tanah 9ribu kps dengan keluasan lantai  3000kps Lavender ini SOLD OUT .. Rumah contoh terjual pada harga 1.4M.


 4. Tmn Emerald Rawang 

Taman ini berjiran dengan kawasan perumahan penulis.. Taman rekreasi cantik, lecehnya jarak trek sangat pendek, perlu berpusing beberapa kali sebelum badan berpeluh..Penulis tak berapa gemar trek sebegini, persekitaran pula sibuk..keliling pula disajikan pemandangan hutan batu..

Sesekali oklah datang kesini...

Saturday, June 17, 2023

Jambu Bol...

Pokok jambu bol berbuah tapi tak lebat seperti sebelum ini...berbuah pun tak sekata..ada yang dah ranum, ada yang baru berbunga dan berputik






 


Petik dapat banyak ni memang makan tak puas, untuk makan selit-selit celah gigi oklah, buah lembut masam- masam manis...pheww merecikk.


Buah tak rosak sebab kerengga banyak. Bertepis masa memanjat tadi.. Kalau tak asyik berkongsi dengan tupai saja.


Pekena dengan air kelapa yang diperah dengan limau kasturi...musim panas macam ni minum air kelapa campur limau fuh rasa  menyengat masa lalu kerongkong...segarr...

Sebiji kelapa tua gugur sendiri dari pokok..Ada banyak lagi yang dah kering di atas pokok tunggu dijolok saja. 3 lagi kelapa tak berapa tua dikait. Kelapa tak berapa tua enak dibuat inti, sekali kukur 4 biji, banyak sangat sebahagian boleh simpan di peti untuk disejuk beku dan dikeluarkan bila perlu.


Tak rugi berbudi dengan tanah...

Friday, June 16, 2023

Kedai Gunting Bas...


Huh bukan senang untuk menghidupkan kedai...sepatutnya setahun saja orang sudah mengenali kedai., tapi 2 tahun telah berlalu kedai bas ini masih sendu, tidak seperti lokasi dulu di Setapak KL, kedai bas menjadi mesin ATM. Setelah premis disita DBKL kerana budak engkar arahan tutup kedai semasa PKP, bas terpaksa dipindah ke lokasi baru. 

Mujur  sewa tapak murah, selepas tolak bil api air dapat lah juga duit poket sedikit. Nak kata tersorok, kedai berada dipersimpangan jalan besar, gerai- gerai makan dan dikelilingi flat-flat.







Supaya nampak meriah diwaktu malam, kini bas dihiasi lagi dengan lampu-lampu supaya semakin terang benderang, cuma ketika siang apabila lampu tidak menyerlah, ramai yang menyangka bas ini bas buruk tersadai. 



Cadangan asal memasang khemah besar supaya orang kenal di waktu siang..., terbantut, kerana khemah tumbang ketika angin kuat...Jika tiada ruangan menunggu untuk berteduh,  pelanggan keberatan singgah kerana ruangan menunggu didalam bas adalah terhad.



Kanvas yang telah dibeli terpaksa diubah suai menjadi lebih kecil, 10'x8' saja cukup sekadar  tempat berteduh.
 Kos membuat kanvas saja dulu Rm1200, kini ubah suai kena lagi rm80. Apabila  dipasang khemah berwarna kuning terang nanti diharap orang yang lalu lalang akan tergerak hati untuk singgah bergunting.

Selain premis, tukang gunting juga memainkan peranan penting...kini tukang gunting baru mahir berpengalaman  dibawa masuk. Penambahbaikan ini diharap dapat memajukan kedai.

Jom- jom datang ke kedai kami..Anda kacak, kami hepi...

Thursday, June 15, 2023

Pisang Abu...


Balik dari jogging terus ke rumah rakan setaman, dah berjanji untuk ambil anak pokok pisang abu. 

Pokok pisang serendah dah banyak, lemak manis dan tanduk pun dah ada, tanam pisang abu untuk manfaatkan jantung pisang juga. Jantung pisang serendah banyak dibuang begitu saja jadi baja. Pernah cuba rebus untuk dijadikan ulam...fuh pahitt yang amat.





Ruang dah tak banyak tapi masih boleh diselitkan lagi berkongsi ruang dengan pokok renek lain. Kita tebas pokok pisang hutan dan gantikan dengan pisang abu. Walaupun berkongsi ruang, pokok pisang hutan hidup dengan subur. 



Harap pokok pisang abu penjagaannya senang dan kurang diserang penyakit. 



Pokok kantan yang disemai pun telah bertunas dan mengeluarkan daun. Ambil sedikit masa lagi sebelum dipindahkan di kebun bukit.




Pokok limau kasturi ini baru belajar berbuah..Dulu tidak diberikan harapan untuk berbuah kerana sangat terlindung daripada sinaran matahari. Walaupun sedikit, cukuplah untuk satu jug air sirap limau...


Dulu ada sepokok di kebun tumpang  sangat lebat berbuah...tapi tak tau kenapa, selepas dibaja pokok terus matii...ermm lagi ingin dibelai terus merajuk..macam itu tanam dan tinggal sajalah..



 



Sunday, June 11, 2023

Lata Kinjang...


 

Kalau memandu ke arah utara, selalunya tak akan terlepas pandang air terjun ini dari lebuhraya. Dari kejauhan sudah kelihatan Lata Kinjang ini. Walaupun demikian tak ramai yang pernah sampai ke sini termasuk penulis. Kita memang agak ketinggalan dalam bab promosi dan mengeksploitasi keindahan alam berbanding negara jiran seperti  Thailand. Tanpa promosi walaupun gigantik, tiada dorongan yang memanggil-manggil  untuk kesana.

Hujung minggu baru ini berkesempatan singgah kebetulan lalu dalam perjalanan ke Kg Sahom, Kampar, Perak. 

Memang tak sangka Lata Kinjang telah lama dimajukan sebagai Taman Eko Rimba. Bayangan penulis keadaannya mesti tidak begitu terurus sama seperti air terjun tempat lain yang dibiarkan seadanya dan dihiasi dengan gerai buruk persendirian.

Disini keadaannya lebih tersusun  namun  tidak semua gerai dibuka dan meriah menandakan pengunjung masih sangat kurang sedangkan dihujung minggu. Itu yang penulis tulis,  bab promosi kita memang tersangat lemah.


Lata Kinjang diuruskan oleh Kooperasi Orang Asli. Di persekitaran Lata ini terdapat perkampungan tersusun orang asli....Percayalah jika di negara jiran, tempat begini sudah pasti akan ber bas bas dipenuhi dengan pengunjung luar terutamanya mat Salleh dll...

Berdasarkan pemerhatian,  hanya  pengunjung tempatan yang ramai berkunjung ke sini.. Ramai lagi pengunjung dalam negara yang belum pernah tiba di sini.



Pengunjung cilik yang meraung saat dijulurkan kaki ke air, tak biasa berkelah dihutan... 




Persekiraran sangat cantik dan bersih




Terdapat tiub penginapan yg dibuat dari kolong konkrit yang turut dilengkapi dengan aircond. Sungguh unik sekali. 

Dengan saiz kecil begini berada pula dikawasan hutan pasti mnggigil kesejukan penghuni kolong.  

Kawasan berkhemah pun ada..

Tak pasti berapa kadar penginapan satu malam.

Kami datang pun kebetulan singgah jadi sekadar meninjau dulu.


 Menurut maklumat di papan tanda ini, Kinjang sebenarnya dari perkataan Kijang, Mat Salleh tersalah sebut Kinjang dan kekal sehingga kini.





Caj masuk Rm8 orang dewasa, rm3 kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas..wargaemas terdapat diskaun 50 persen...


Apa lagi jomlah meriahkan destinasi tempatan...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK