Kalau memandu ke arah utara, selalunya tak akan terlepas pandang air terjun ini dari lebuhraya. Dari kejauhan sudah kelihatan Lata Kinjang ini. Walaupun demikian tak ramai yang pernah sampai ke sini termasuk penulis. Kita memang agak ketinggalan dalam bab promosi dan mengeksploitasi keindahan alam berbanding negara jiran seperti Thailand. Tanpa promosi walaupun gigantik, tiada dorongan yang memanggil-manggil untuk kesana.
Hujung minggu baru ini berkesempatan singgah kebetulan lalu dalam perjalanan ke Kg Sahom, Kampar, Perak.
Memang tak sangka Lata Kinjang telah lama dimajukan sebagai Taman Eko Rimba. Bayangan penulis keadaannya mesti tidak begitu terurus sama seperti air terjun tempat lain yang dibiarkan seadanya dan dihiasi dengan gerai buruk persendirian.
Disini keadaannya lebih tersusun namun tidak semua gerai dibuka dan meriah menandakan pengunjung masih sangat kurang sedangkan dihujung minggu. Itu yang penulis tulis, bab promosi kita memang tersangat lemah.
Lata Kinjang diuruskan oleh Kooperasi Orang Asli. Di persekitaran Lata ini terdapat perkampungan tersusun orang asli....Percayalah jika di negara jiran, tempat begini sudah pasti akan ber bas bas dipenuhi dengan pengunjung luar terutamanya mat Salleh dll...
Berdasarkan pemerhatian, hanya pengunjung tempatan yang ramai berkunjung ke sini.. Ramai lagi pengunjung dalam negara yang belum pernah tiba di sini.
Persekiraran sangat cantik dan bersih
Terdapat tiub penginapan yg dibuat dari kolong konkrit yang turut dilengkapi dengan aircond. Sungguh unik sekali.
Dengan saiz kecil begini berada pula dikawasan hutan pasti mnggigil kesejukan penghuni kolong.
Kawasan berkhemah pun ada..
Tak pasti berapa kadar penginapan satu malam.
Kami datang pun kebetulan singgah jadi sekadar meninjau dulu.
Caj masuk Rm8 orang dewasa, rm3 kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas..wargaemas terdapat diskaun 50 persen...
Apa lagi jomlah meriahkan destinasi tempatan...
Nampak menarik tempatnya
ReplyDeleteYea sgt cantik...
ReplyDelete