click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, June 2, 2023

Pokok Avocado di Sondol Babi..

Anak pokok petai yang dibeli online telah sampai. 






Anak pokok ni tak yakin untuk terus ditanam dikebun, pokok akan dipindahkan dulu ke polibeg besar dan dibiarkan membesar dulu dirumah..mudah untuk memantau tambahan lagi sekarang musim panas dan sangat jarang hujan. Membeli online penjual menggunakan polibeg kecil, mungkin memudahkan urusan pegeposan.



Dalam bersembang dengan kawan tetiba terpandang pokok pisang menjulurkan jantung..Wahh, bertambahlah pokok berbuah kepada 5 pokok. Melihat beberapa pokok  lain yang lebihkurang sama tumbesaran, rasanya menunggu masa berbuah..



Kita main tanam dan tak tau spesis pisang apa..dah kembang jantung baru tau pisang tanduk. Pokok ini kelihatan sihat. Tanam dikawasan perumahan tiadalah musuh perosak, tidak sebagaimana tanam dikebun terpencil.

Pokok nangka yang juga dibeli online telah selamat ditanam dikebun bukit..sepokok tak pasti hidup atau tak, semasa dipindahkan hanya tinggal pucuk tunas..daun yang lain terpatah semasa memindahkan ke kebun.. Ada rezeki hiduplah.

Avocado yang dibeli dari rakan  juga telah ditanam dikebun..Daripada 4 pokok, sepokok telah disondol babi..tercabut dengan akar-akar sekali. Avacado yang ditanam sebelum ini telah tinggi lebihkurang 2-3 ' itu pun tercabut disondol..minat betul makhlok ini dengan pokok avocado.. Lemah...



Kena beli baru untuk mengganti pokok yang mati...3 pokok Rm100.

Percubaan menanam pokok-pokok didalam tayar nampaknya ketika ini dapat menghalang pokok dari disondol babi.  Dek kerana tak cukup tayar, avocado yang disondol, ditanam begitu saja tanpa jaring hitam maupun   tayar terpakai. 3 pokok lagi walaupun bersebelahan  kelihatan tidak diusik..Pokok nangka dan asam jawa pun tak diusik..


Semua pokok yang ditanam ditayar turut ditabur dengan rambut dan pisau cukur terpakai mungkin membantu menghindari makhlok perosak. Nampaknya selepas ini rambut dan pisau cukur terpakai akan ditabur secara berkala sama seperti baja..


Ingin berkebun kena gigih dan kental...huhu dugaan..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK