click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, June 4, 2023

Jambu Bol...

 

Kita pun tak tau macamana pokok jambu ini dinamakan jambu bol, adakah diambil dari perkataan Inggeris Ball yang bermaksud bola. Bentuk tak da pulak bulat seperti bola atau lonjong seperti bola ragbi...



Tak kesahlah apa nama sekalipun, yang pasti jambu ini boleh dikategorikan sebagai 'rare', sangat jarang ditemui.. seingat penulis dizaman kanak -kanak dulu pernah memakan buah ini yang hanya boleh  didapati dikampong berjiran..rasanya lembut masam-masam manis..argh terliur bila mengingati....ketika itu seguni 50 sen. 

Pokok yang penulis tanam dari anak pokok di satu sudut  halaman rumah kini telah berbuah, berbelas tahun juga baru dapat merasai hasilnya. Pokok bertambah subur kerana berada dalam kawasan berpagar reban ayam. Semasa ditinggalkan lama di eropah penghujung Febuari baru ini, pokok sedang berbuah  dan tiada siapa yang memetiknya.. Buah yang gugur kini telah bercambah di ruangan reban ayam. Tersangat banyak. 


Sambil memindahkan anak pokok petai ke polibeg yang lebih besar, lebihan tanah digunakan untuk memindahkan sebahagian anak- anak pokok jambu bol  ..8 pokok juga sudah dipindahkan, yang lain akan dipindahkan kemudian..

Tak taulah apa nak dibuat dengan pokok yang begitu banyak..hanya sebahagian yang akan ditanam dikebun bukit. Kalau semua pokok nak ditanam disana, berebut ruang dengan pokok- pokok lain..kebun tak cukup luass...

Takpa kita pindahkan saja pokok dulu, selebihnya fikir kemudian...


2 comments:

  1. Kat kg saya ada jambu bol ni tapi dah tua. Lama dah tak dapat makan buahnya yang besar dan gebu dan sedap. Pokok yang macam adik beradik tapi buahnya lain iaitu jambu gelas atau jambu botol atau jambu susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy smlm baru petik jambu bol yang dah masak..fuh lembut masam manis...merecik hehe..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK