Jogging harini Jumaat di Bukit Malawati Kuala Selangor lagi. Tempat riadah biasa dah banyak kali ulang, jadi ambil angin jauh sikit, pergi balik dekat 100km juga. Masa sedang kemaruk berbasikal dulu, riadah ke sini hanya dengan berbasikal.
Tak tau kat mana lagi tempat riadah menarik sebelah Kuala Selangor,selain Bukit Malawati. Di sini satu pusingan pun pendek, berpusing 2 kali baru berpeluh itupun sebab berbukit..Kalau mendatar ermm.
Sesudah riadah..sarapan kemudian cari tempat makan-makan..Awal sangat pukul 10pg kita bungkus saja nasi ambeng.
Pemandangan di atas tu yang cantik..boleh melihat muara sungai Selangor dan Laut Selat Melaka. Kerana panorama yang luas lokasi ini dijadikan salah satu lokasi mencerap anak bulan menentukan awal Ramadhan dan Syawal
Kalau dihujung minggu awal pagi akan meriah dengan kaki riadah.. hari biasa pihak sekolah membawa anak- anak murid berlatih disini...
Dulu di sini dikuasai dengan monyet spesis ini..sehingga menjadi tarikan orang untuk datang ke Bukit Malawati. Nampaknya koloni ini tidak begitu banyak sekarang. Monyet ini tidak seganas spesis lain..masih boleh disentuh
Uniknya monyet ini walaupun hitam anak yang baru lahir berbulu kuning, sangat kontras..Apabila dewasa kembali berbulu hitam..
Sekarang spesis monyet ini yang banyak. Yang ini agak ganas., pantang lepa akan ada yang dicurinya.
Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah..Di puncak terdapat dua muzium sejarah Kuala Selangor dan muzium permainan tradisional.
Di puncak Bukit Malawati ini lah kubu pertahanan sultan dari serangan musuh luar.
Kini Bukit Malawati menjadi destinasi lawatan orang ramai.. Kenderaan awam tidak dibenarkan dibawa ke puncak sebaliknya Trem disediakan.
Jogging berikutnya tak tau nak kemana pula...ikut saja gerak hati dan ke mana tayar bergolek...
Selamat beriadah
ReplyDeleteSpesis lotong ni musuh utama wak kat dusun
Monyet.. babi adalah musuh petani..huhu..
ReplyDelete