Bila orangramai asyik menyalahkan anak-anak muda dalam banyak perkara sebenarnya kita harus berfikir dan merenung sejenak. Sebenarnya salah siapa...? Bolehkah seratus peratus kita menuding jari menyalahkan mereka..? Boleh dikatakan bila membincangkan isu semasa tidak akan terlepas dari menyentuh perihal anak -anak muda terutama dari segi sikap, moral dsb. Pada aku apa yang ditonjolkan oleh golongan muda sebenarnya cerminan golongan terdahulu., walaupun tidak seratus peratus benar tapi umumnya aku berpendapat sedemikian. Budak-budak ni ibarat mesin pencetak...apa isyarat yang dihantar, itulah yang akan dicetak di muka surat. Adakah kita akan melenting jika isyarat SAMPAH yang kita hantar tapi mengharapkan BERLIAN yang keluar.?
Sekarang ni ramai yang merungut bilamana mendapati anak-anak muda seolah tidak bersemangat atau tidak memiliki jati diri dalam mengharungi kehidupan seharian..terutama dialam kerjaya . Mereka ditakrifkan tidak memiliki daya juang, tidak kreatif dan pelbagai gelaran lagi... sebaliknya sering mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa..Pada aku masyarakat amnya dan ibubapa khususnya harus juga dipersalahkan dalam hal ini...Budak -budak ini terbentuk hasil acuan mereka. Ibubapa terlalu melindungi anak-anak. Ibubapa dulu memberi lesen besar kepada warga pendidik untuk membentuk pelajar-pelajar..Sekarang...? pantang silap akan muncullah laporan polis didada-dada akhbar...
Ibubapa dulu memberi peluang untuk anak-anak berdikari sedari awal lagi. Mereka diberi kepercayaan untuk berulang alik ke sekolah, kolej dsb..pedulilah jauh ker panas ker, beg berat ker...Mungkin juga atas faktor keterbatasan ekonomi yang tidak memungkinkan untuk berjemput atau berhantar.. hasilnya dek kerana terbiasa dengan kepayahan, wujudlah generasi yang menghargai kesenangan...Sekarang? bukan di alam persekolahan rendah atau menengah, hatta di pusat-pusat pengajian tinggi masih lagi ada ibubapa yang langsung tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk berdikari..bahkan diberi lagi dengan pelbagai kemudahan kerana tidak sampai hati memikirkan kepayahan yang bakal dihadapi anak-anak..Keadaan ini terbawa-bawa bilamana anak-anak mula menjejaki alam perkerjaan..bahkan di alam perkahwinan.. Jadi adakah kita terkejut jika hasilnya generasi yang terlalu bergantung kepada bantuan luar dalam mengharungi kehidupan..?
Jika generasi terdahulu dalam serba kekurangan boleh saja berjaya aku percaya generasi sekarang yang ternyata lebih bijak dan terdedah dengan pelbagai maklumat, mereka boleh saja mencapai kejayaan lebih luar biasa sekiranya diberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan baik..Yang penting komited dan sabar..Sememanglah mereka mulanya teraba-raba menyesuaikan diri dalam penghidupan arus perdana, tapi percayalah bila tiba dilandasan yang betul golongan ini yang akan memecut kehadapan meninggalkan generasi lama. Banyak contoh contoh anak muda yang mencipta kejayaan luar biasa yang tidak terjangkau oleh generasi terdahulu...Golongan muda ini ibarat pemandu baru yang melalui jalan lama serba asing untuk menuju ke lebuhraya.. Andainya lebuhraya ditemui nescaya golongan ini yang akan membesit meninggalkan pemandu-pemandu tua...
Hidup ibarat roda..Bukankah golongan lama asalnya begitu juga dulu...? Bahkan mungkin lagi teruk lagi...Sabor jer ler...

No comments:
Post a Comment