Berbanding lawatan ke Pulau Besar, rasanya kunjungan ke Pulau Kapas lebih mengujakan. Lawatan pertama kali. Urusan penginapan pengangkutan ke pulau
juga lebih sistematik. Terdapat ejen yang menjual tiket-tiket bot, feri
juga bilik penginapan di Jeti Marang.
Bila musim cuti sekolah harga ke pulau berlipat kali ganda naik. Kebanyakan
ejen hanya menawarkan pengangkutan, penginapan dan aktiviti lain seperti snorkeling, melawat pulau-pulau
sekitar dsb dalam satu pakej.
Kami nyaris melawat pulau dan balik hari saja kerana tidak
mau terikat dengan pakej-pakej yang ditawarkan kerana mahal dan tidak berbaloi. Daripada berhabis duit melibatkan diri dengan aktiviti yang kita tak
berapa teringin lebih baik bermalam di tanah besar..Duit yang diselamatkan boleh
makan-makan besar..Berulang alik ke tanah besar mengambil masa tak sampai pun
30 minit. Mungkin berfikir daripada rugi tak dapat pelanggan maka kami
ditawarkan penginapan tanpa pakej yang lain. Penginapan chalet bilik deluxe
ditawarkan harga RM180 satu malam.. Kos pengangkutan pergi balik pula RM40
dewasa dan RM20 kanak-kanak.. Argh bolehlah memang hajat awal untuk bermalam
disana.
Jauh beza lautan China Selatan dan Selat Melaka. Disini
airnya jernih kebiruan manakala diselat Melaka lesu kehijauan…Menghampiri pulau terasa geram untuk terjun melihat air yang tenang lagi jernih. Kelihatan
ikan- ikan berenang- renang. Pasir pantainya halus memutih.. Pergh kecantikan
semula jadi. Sangat memukau. Namun kecantikan semulajadi sedikit cacat kerana
resort-resort yang sedikit selekeh…Betul betul potong stim.
Inilah masalah tempat-
tempat percutian awam. Penyelenggaran kekal rendah. Kerajaan negeri maupun
persekutuan tidak boleh meletakkan
tanggungjawab menyelenggara seratus
peratus dibahu operator resort kecilan. Melihat bilangan pengunjung diwaktu
puncak sebegini rasanya sukar untuk mereka memperuntukkan bajet untuk aspek
penyelenggaraan. Dimaklumkan selain hujung minggu dan cuti umum ..hari –hari
biasa resort kekal lengang. Mereka bergantung dengan kehadiran pengunjung. Kurang pengunjung
semakin sukar untuk menampung penyelengaraan resort. Kerjasama semua pihak
diperlukan. Perlu diadakan aktiviti tahunan bertaraf nasional/internasional untuk menyemarakkan kehadiran pengunjung.
Cuma dikhuatiri bila terlalu ramai pengunjung berkunjung..perubahan positif yang diharapkan keadaan menjadi sebaliknya..
Keadaan kebersihan pula semakin tidak terkawal.. Mentaliti pengunjung menjaga
kebersihan masih lagi ditahap rendah. Bayangkan dalam sausana cantik sebegini
masih ada pengunjung yang tergamak membuang lampin lampin bayi maupun botol
botol minuman ditepi pantai…Tak taulah bila pengunjung semakin ramai nanti..
Dengan penguatkuasaan dan penyelengaraan yang
lemah hah akan bertambah teruk lah pantai kita nanti.
Negeri negeri di persisiran pantai perlu mewujudkan
agensi-agensi khas yang memantau pantai pantai dan pulau-pulau. Sangat
sayang negeri seperti Trengganu yang memiliki pantai tarpanjang lagi
cantik tapi tidak dieksploitasi keindahan itu sepenuhnya. Sekarang ni tak taulah agensi mana yang memantau pantai-pantai maupun pulau-pulau ini . Negara-negara luar
yang pernah penulis kunjungi mendapati
pantai pantai dan pulau mereka walaupun tak seindah tempat kita tapi
sausananya sentiasa meriah dan tersusun.
Di Turki dan Australia terutamanya kita boleh terpegun dengan susunatur dan
kekemasan yang ditunjolkan. Korea, China
dan Thailand keadaan mereka juga sudah semakin kehadapan. Walaupun perit untuk mengakui tempat-
tempat awam kita lebih kurang seperti di Indonesia dan Kemboja saja.. Kawasan
tumpuan ternama rasanya kita juga ketinggalan berbanding Indonesia. . Di negara-negara
arab kita maklumlah sebab keindahan semulajadi mereka kurang..
Jomlah kita berubah..Kita mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment