click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 29, 2015

Jom Jom Durian...

Musim durian datang lagi.. Sempena hujung minggu bersemangatlah mencari durian. .   Walaupun masih hujan diawal subuh..setelah berhenti hujan segera hidupkan enjin motor berdezup ke Temerloh melalui Batang kali juga Genting Highland.. Kiri kanan jalan kini banyak gerai-gerai durian didirikan.  Hajat dihati ingin mencari durian kampong atau durian tempatan.. Tak mau membeli durian import Thai. Bukankah viral di media sosial durian seberang direndam dengan bahan pengawet untuk menampakkan warna kulit yang menarik..?


Tak sempat sampai Genting motor sudah bermasalah...Setiap kali menukar gear menaiki bukit, rantai seolah terlepas dari gigi sproket... grek ..! grekkk..! .alamakk...Merajuk apa pulak motor nih...Ingatkan sebelum motor bertukar milik inginlah meronda kali terakhir bersamanya tapi tak kesampaian..Motor ini sudah pun dijual hanya belum diserahkan...

Berhenti di gerai tepi jalan Batang Kali- Genting. .. Terpaksalah membatalkan niat mencari durian dan diganti dengan memakan pisang goreng tepi jalan saja.  Diagnosa awal merumuskan sproket dan rantai perlu ditukar...Memang tak pernah tukar rantai sejak memilikinya 2010 dulu..Dah sampai waktu menukarlah tu...


Tak sangka digerai ini terdapat hostel.. Hostel terbuka. Pengunjung disediakan kemudahan asas seperti tempat mandi dan katil berserta kelambu... Satu kepala dikenakan caj RM10...Sangat popular dikalangan Mat Saleh menurut pemilik gerai...


Nampaknya menyambar motor lainlah aku...Tapi bukan yang ini..Ermm  mahal yang amat..


Tapi yang ini pun kira oklah... Janji ada motorrr.. Jom Jom ride..!

4 comments:

  1. Kang...teruskan hasrat nurani tu. Mahal tak per...alah membeli menang memakai...Lambang bulat tetap menjadi pilihan ya? Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Kang...teruskan hasrat nurani tu. Mahal tak per...alah membeli menang memakai...Lambang bulat tetap menjadi pilihan ya? Hahaha.

    ReplyDelete
  3. haha dah sambar pun ABN...entahlah yang lambang bulat jugak bila naik ada rasa lain macamm...

    ReplyDelete
  4. haha dah sambar pun ABN...entahlah yang lambang bulat jugak bila naik ada rasa lain macamm...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK