Sunday, February 10, 2019

Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau...

9hb Feb 2019

Menghadiri majlis walimatul urus anak sahabat haji 2013 di Ipoh Perak. 


5 tahun sudah berlalu namun tiada perubahan fizikal ketara dan alhamdulillah masing-masing masih sihat walafiat. 


Dah alang alang ke utara, terus ke Kuala Kurau, sejam setengah lagi perjalanan melawat si kecik... Rindu pada cucu ni lain macam walaupun baru saja 2 hari lepas si cucu balik bertandang. Ditambah lagi kini sikecik sudah 2 tahun dan mulai pandai menyebut beberapa patah perkataan.. 


Kalau ke  utara sering tak lupa menikmati mee udang atau mee ketam... Di Taiping selalunya orang pergi Kuala Sepetang manakala di Kuala Kurau ini Parit 30 atau Kuala Gula jadi destinasi pilihan.. 



Sotong lanun... Tak pernah lagi merasa, mungkin kunjungan akan datang mencuba.. 



Jika hujung minggu ramailah mat motor yang berkunjung ke sini. 





Setelah menikmati hidangan,  mee udang Parit 30 ternyata  mengungguli  keenakan berbanding 2 lagi tempat disenaraikan di atas. Harga pula sangat berpatutan... 

Apa lagi, ajak lah teman- teman ke sana... 




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK