click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 11, 2020

Perangkap Lalat Mudah dan Murah

10hb Mei 2020, Isnin

Sebagaimana dijangka pkp dilanjutkan lagi...Pkp 5 dilanjutkan sehingga 9Jun 2020. Melihat kepada statistik jangkitan baru,  sukar sungguh untuk mengawal jangkitan sehingga ke angka sifar. Antara sektor terkesan teruk adalah sektor dandanan rambut yang mana penulis juga turut terlibat.

Mujur ada juga aktiviti yang dibuat dikeliling rumah untuk mengisi waktu pkpb ini. Aktiviti aktiviti sampingan ini sememangnya sebahagian rancangan untuk mengisi waktu lapang ketika usia persaraan nanti. Manusia tidak selamanya muda...Mencari kemewahan dunia memang tidak akan pernah cukup.



Harini penulis membuat perangkap lalat salah satu ikhtiar mengurangkan pembiakan lalat disekitar reban.

Perangkap dibuat menggunakan bekas botol minuman.

Potong botol kepada 2 bahagian

Bahagian bermuncung ditelungkupkan ke bahagian yang satu lagi

Selotep dengan kemas dan isilah dengan cairan bergula atau sisa makanan yang disukai lalat




Gantung ditempat strategik keliling reban .




Reban pun telah diisi dengan anak ayam, cukuplah 6 ekor betina dan seekor jantan. Sengaja membela dari anak ayam berusia dalam seminggu berharga rm4 seekor, untuk mudah membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Malam tadi anak ayam memulakan penghidupan baru dilokasi baru.  Stress agaknya berciap ciap dan sesekali seakan menggelepar sehingga mengundang salakan anjing jiran sebelah. Tapi pagi ini dah ok. Kelihatannya ceria anak anak ayam bermandi pasir yang diletakkan didalam reban.

Untuk memastikan reban sentiasa bersih dan kering, lantai reban dialaskan dengan pasir..Taik taik ayam nanti mudah dikutip dengan menggunakan skop berjaring yang hanya akan memerangkap taik ayam manakala pasir akan dikitar semula. Air minuman diletak diluar reban.

Sementara kecil ni ayam-ayam akan dikurung didalam reban..
Lagipun pagar sekeliling reban belum disiapkan lagi.

Hanya setelah ayam membesar reban  dijadikan tempat tidur dan bertelur sahaja. Ketika siang masa akan dihabiskan dikawasan berpagar. Stesen makanan dan minuman akan diletakkan dibawah reban. Petak berpasir turut akan disediakan untuk ayam-ayam bermandi pasir. Bila suasana kondusif dan ceria, ayam-ayam akan lebih sihat dan produktif.

Semoga pkp5 adalah pkp terakhir..huhu..





2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK