Selamat Hariraya Aidil Fitri
Musim pkp ni hariraya tidak semeriah biasa, kebiasaannya suasana meriah ramai yang berpusu pusu pulang ke kampung , lagu-lagu raya seolah hidup menghangatkan suasana..Dipagi raya jemaah berbondong bondong menunaikan solat Aidilfitri di surau -surau atau masjid , kaliini beraya saja dirumah bersama anak beranak.
Namun begitu pengalaman mengimamkan solat aidilfitri dan berkhutbah pastinya akan terlipat dalam lembaran sejarah.
Mujur rumah mertua anak anak hanya perlu rentas daerah jadi hariraya ke 2 baru dapat berkumpul bersama anak anak dan menantu.
Namun begitu pengalaman mengimamkan solat aidilfitri dan berkhutbah pastinya akan terlipat dalam lembaran sejarah.
Mujur rumah mertua anak anak hanya perlu rentas daerah jadi hariraya ke 2 baru dapat berkumpul bersama anak anak dan menantu.
Bagi penulis tugas rutin harian musim pkp berjalan seperti biasa..Bangun pagi raya, kolam ikan dan reban yang dituju dulu...Kini aktiviti itu menjadi terapi menghilangkan kebosanan terkurung dirumah.
Kebetulan 2 ekor ayam demam...muka monyok selera makan pula tiada. Mujur perkongsian petua Utuber berkesan...Ayam disuap dengan bawang merah, bawang putih dan halia atau kencur...Kini kedua duanya sudah kembali ceria.
Sekarang penulis sedang pening dengan masalah lalat pula. Pelbagai petua dicuba belum menjadi...Cuka makan, seraiwangi, beri makanan yang diperam pembersihan reban dll nampaknya belum begitu berhasil..Sekarang sedang berkira kira memasang perangkap serangga elektrik..Harap harap berkesan.
Nak bela puyuh kena tangguh dulu nampaknya sehingga masalah lalat ditangani..huhu
No comments:
Post a Comment