Friday, May 15, 2020

Sisa Makan Untuk Ayam...


Sabtu 16hb Mei 2020.

Kalau sebelum ini sisa organik dicampak dalam tong kompos kini setelah membela ayam sisa ini diolah menjadi makanan ayam. Sisa makanan harian seperti nasi, roti, sayuran, buahan bahkan ulaman boleh dijadikan makanan tambahan yang akan dicampurkan dengan dedak, kita dapat memanfaatkan sisa yang ada untuk mengurangkan kos makanan ternakan selain mendapatkan daging atau telur yang lebih enak kelak.

Sisa sisa tersebut perlu diolah dahulu, tidak terus dicampak ke reban sebab ayam-ayam ni tidak akan memakannya mungkin belum terbiasa. Jika dibiarkan makanan itu tidak dimakan  bakal mengundang lalat pula.


Apa yang penulis lakukan sayuran atau ulaman mentah diracik dan direndam dengan air mendidih sehingga lembut dan ditoskan, gaulkan dengan sisa nasi atau roti kemudianya dicampurkan dengan dedak mengikut kesesuaian ayam...Mula mula ni nisbah dedak dilebihkan, nanti jika sudah terbiasa dedak boleh dikurangkan..


Pernah mencuba meletak nasi kosong lebihan, ermm dipandang pun tak..Setelah diolah dengan dedak habis juga makanan yang diberi..

Selepas ini akan  cuba memberi makanan yang diperam dengan EM4..Pucuk-pucuk pokok seperti ubi,salam,betik, kelor dll yang banyak dikeliling rumah boleh digaul dengan hampas kelapa atau soya...Setakat 6,7 ekor ayam sangat mencukupi. Bahan seperti hampas kelapa mudah diperolehi dari peniaga santan dipasar...Biasanya sisa ini mereka lupuskan begitu saja..Makanan yang diperam ini boleh disimpan berbulan..Jadi tidaklah kita perlu membuat makanan tambahan setiap hari..Buat ketika rajin saja. Makanan ini akan dicampur juga dengan dedak..Perkongsian Utuber memberitahu, makanan yang diperam dapat menghindari bau dan lalat.

EM4 adalah cairan yang banyak mikro organisma yang membantu mencerna makanan yang diperam untuk meningkatkan kualiti makanan tersebut. EM4 boleh dibuat sendiri. Semuanya boleh dipelajari melalui perkongsian penternak di Utube, awalnya mungkin tidak begitu menjadi lama kelamaan akan bertambah baik.

Jom jom daripada membuta dipagi hari hujung minggu kita buat makanan ayam..

2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK