Pokok pokok yang penulis tanam kebanyakkanya berdaun lebat tapi tanpa bunga.
Bukan bunga kertas saja, pokok bunga lain pun begitu..nak kata tak letak baja, letak juga..mungkin tak cukup kuantiti dan kekerapan.
Kerana sering gagal menaikkan seri laman melalui bunga, penulis mencuba menyulam halaman dengan pokok pokok berdaun yang berwarna., antaranya Pokok Puding,. Jenjuang dll. Dengan kepelbagaian spesis daun berwarna diharap naiklah sikit seri laman...
Ketika banyak masa dek pkpb ini kerap juga menonton perkongsian Utuber bagaimana ingin menambah seri halaman dengan pelbagai jenis pokok bunga pelbagai warna antaranya bunga kertas.
Utuber tersebut memberitahu 99.99 peratus pokok akan berbunga dengan kaedah yang dia pakai. Hah semangat untuk mencuba.
Antara sebab pokok dalam pasu tak mau berbunga adalah kerana akar mencari nutrient diluar pasu.. pokok menjadi terlalu subur daun. Atau mabuk daun.
Akar yang terkeluar perlu dipotong.
Setelah tanah dalam pasu digemburkan letak baja bunga dalam 2 sudu...Ketika musim panas baja perlu dilarutkan dengan air..Sekarang musim hujan baja sekadar ditabur dan dikambus sekeliling pokok.
Cantas ranting dan daun muda.
Tunggulah samada berbunga ker tak nanti..
Tak berbunga juga, nampaknya dalam hati cuma ada taman tapi tak cukup kuntum untuk berbunga hehe..
In shaa Allah akan berbungalah nanti sampai tak nampak daunnya. Pastikan dapat cukup cahaya matahari...hehehhe menambah petua pulak!
ReplyDeleteYea yea...pokok dah pindah dah untuk lebih dpt sinaran matahari...
DeleteJenis baja kut. Biasanya Bunga kertas ni tak berjaga Bunga lebat. Kecuali over baja.
ReplyDeleteBunga kertas ni kalau terlindung memang segan nak berbunga.
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q